Assalamualaikum wrt. wbt.
Dato’/datin/Tuan/puan,
PER: PERSIAPAN AWAL UNTUK KEPERLUAN SHAWAL 1433 HIJRAH.
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL KASIH WILAYAH PERSEKUATUAN & SELANGOR (BAITUL KASIH) akan memulakan usaha-usaha amal yang berkaiatan dengan persiapan Shawal lebih awal pada tahun ini. Hal ini ialah kerana, hasil dari pengalaman pihak kami, sekiranya usaha ini tidak dirancang awal dan tersusun, ianya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah baik kepada pihak penganjur / penyumbang, lebih-lebih lagi kepada anak-anak penghuni rumah-rumah amal itu sendiri.
Layari Lamanweb kempen ini di: http://baitulkasih.org.my/ramadhan.htm
Bagi jiwa-jiwa yang sentiasa mengintai peluang untuk membuat infaq atau sedekah bolehlah bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada usaha ini dalam berbagai-cara:
(a) Memperpanjangkan mesej ini kepada badan-badan koporat dan individu
(b) Menghulurkan bantuan untuk keperluan Hari Raya samada dalam bentuk barangan atau kewangan.
KEMUDAHAN MENYUMBANG
(a) Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek dan mahu pihak kami sendiri mengambilnya, cek tersebut hendaklah dibuat atas nama PK BAITUL KASIH: MAYBANK: 5621-8812-8345
(b) Sumbangan tunai melalui mesin ATM atau system perbankan online terus ke akaun Rumah Kasih Harmoni seperti berikut: MAYBANK: 5121- 8313- 4032 (c) Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: pkbk@baitulkasih.org.my atau maklumkan terus sumbangan anda samada menalifon terus atau mengirim system pesanan ringkas (SMS) kepada mana-mana wakil kami yang dinyatakan dibawah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi wakil-wakil kami seperti berikut:
(a) Pengerusi BAITUL KASIH - Ustaz Zahari bin Alwi: 013-3303430
(b) Penasihat Rumah Kasih Harmoni- Ustazah Rohana binti Ali: 019-3133430
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Yang berusaha
Khairul Bariah bt. Hj.Mian
Bendahari PK BAITUL KASIH














0 comments:
Post a Comment