Thursday, April 21, 2011

Cuba untuk terus melangkah..

Bismillah.. andai hilang arah yang dicari, andai jemu suatu yang dinanti, andai pergi dia yang berada di sisi. mulakan dari hati,
andai hati mati, dunia nan luas tinggalnya hitam mata memandang. kuasa kegelapan kan menghalang pemikiran untuk berfungsi dengan waras, jalan yang bercabang menjadi satu arah yang menenggelamkan.
semalam aku datang dengan berlari, mengapa hari ini hanya berjalan dan terkadang hanya menanti? sedarlah, yang dikejar bukan hanya bayang-bayang sendiri. pasir takkan berjalan andai ombak tak membelah pantai.
hari ini aku menjadi saksi satu revolusi, mungkinkah ianya terjadi tanpa hadirnya sebuah pengorbanan? jangan hanya menanti, cuba untuk berjalan dan terus berlari mengejar arah yang dijanji.
menangislah andai kau terjatuh, kita hamba yang hanya mampu untuk meminta. andai kepahitan hari ini kau rasai, moga kemanisan esoknya yang akan dikongsi."hiduplah dengan perjuangan, dan matilah untuk Islam".

credit to nasir damanhour

.

Wednesday, April 20, 2011

Makhluk Yg Kite Telan Tanpa Sedar

Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!

http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu.jpg

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal.

http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu2.jpg

Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.

http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu5.jpg

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

http://ruanghati.com/wp-content/uploads/2010/08/kutu4.jpg

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak menakutkan?

.

.

Tuesday, April 19, 2011

Mekah yg akan datang! Future Makkah! مستقبل مكة !

Disebabkan orang Islam semakin ramai, semakin tumbuh macam cendawan, maka Mekah di renovate untuk keselesaan jemaah haji. Mari kita lihat gambar ini dan pujilah kepada Allah dengan sebaik2 pujian kerana DIA telah menjadikan umat Islam semakin bertambah setiap hari, bulan, tahun... Mudah-mudahan dengan bertambahnya umat Islam, bertambahlah pemangkin-pemangkin Islam yang akan berdiri menegakkan syiar Islam di atas muka bumi berbaloi dengan peningkatannya... Amin...

Saturday, April 16, 2011

Jenis Ketawa

Jenis2 ketawa yang dapat dikenalpasti ..... ketawa korang camner??
1. Ketawa orang kaya :- Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak :- Hark hark hark
3. Ketwa kebaratan :- Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut :- Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah :- Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak :- Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen :- Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar :- Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang :- Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit :- Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut :- Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok..............Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum :- :)
13: Ketawa Double :- :))
14. Sengih :- :D
15. Ketawa kuat :- LOL
16. Ketawa bergolek-golek :- LOLROTFL
17. Ketawakan dia :- He he he he he
18. Kekkekekekek :- ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
19. Ketawa jimat cermat :- ahakz
20. Ketawa tak ikhlas :- hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh
21. Hampir-hampir ketawa :- heheh
22. Ketawa sambil batuk :- kui kui kui
23. Ketawa dalam mabuk :- hik hik hik
24. Ketawa ngada-ngada :- hek hek hek
25. Ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring :- wakakakkakaka
26. Ketawa sindir :- eh heh
27. Ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal) :- huargh huargh
huargh!!
28. Ketawa sengih - ngee ngee ngee
29. Ketawa sambil lewa :- kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh
30. ketawa perli :- ahe ahe ahe ahe....
Ketawa stail betty dan nicolas tu best ..kekeke
FAKTA TENTANG KETAWA

1. Bayi tidak ketawa hingga mereka berusia usia tiga bulan

2. ketawa selama 10-15 minit boleh membakar banyak kalori

3. ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan sehingga 60 mph

4. 17 otot wajah digunakan untuk tersenyum, manakala mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah

5. Seseorang yang selalu ketawa memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah berbanding orang yang murung

6. ada sejenis tanaman yang diberi nama bunga tawa. jika melihatnya Anda akan tertawa seperti orang gila melebihi setengah jam

7. ketawa 17 minit sehari dipercayai memanjangkan waktu hidup selama satu hari

8. kanak-kanak berusia enam tahun tertawa lebih 300 kali sehari. Ketika tua kita tersenyum dan tertawa hanya 15 kali sehari.

9. Senyuman pelayan akan membuatkan pelanggannya memberikan tips tambahan.

10. perut akan sakit, jika Anda ketawa selama satu jam tanpa henti.

Wednesday, April 13, 2011

International Seminar 23 April !!!

Salam,
just sharing the info:

International Seminar on

Peace and Humanitarian Aid For Gaza 2011

23 April 2011, 7.30am-6pm, main Hall CAC IIUM

max registration on 18 April 2011 @RM30 for a student.

detail n registration at www.lifeline4gaza.org

The Panelists are :

Hüseyin OruçHe is one of the prime movers of the Gaza Flotilla mission. He was born in Malatya, Turkey in 1969. He gained diplomas in Tourism Management and Public Management From Boğaziçi University. He is one of the founders of The Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarian Relief, IHH, a Turkish NGO based in Istanbul. For 8 years, he managed various international projects of IHH, such as the Banda Aceh tsunami relief effort in 2004, the Pakistan earthquake relief effort in 2005, the Freedom Flotilla to Gaza in 2010, the Haiti earthquake relief effort in 2010, the Qurbani Project 2010 in 126 countries, the Pakistan flood relief effort 2010, the Cataract Project (2007- ongoing, more than 43.000 cataract surgeries are completed) in 10 African countries etc. He is a founding Trustee of The Humanitarian Forum, UK, and founding member of UNIW (the Union of NGOs of Islamic World) on behalf of IHH. He was head of the Preparation Committee of Code of Conducts for Islamic NGOs for OIC. He is a delegate for UN and OIC on behalf of IHH. Mr. Oruc is currently deputy president of Board of Trustees.

Ann WrightAnn Wright grew up in Bentonville, Arkansas, and attended the University of Arkansas, where she received a master's and a law degree. She also has a master's degree in national security affairs from the U.S. Naval War College. After college, she spent thirteen years in the U.S. Army and sixteen additional years in the Army Reserves, retiring as a Colonel. She is airborne-qualified. In 1987, Col.Wright joined the Foreign Service and served as U.S. Deputy Ambassador in Sierra Leone, Micronesia, Afghanistan, and Mongolia. She received the State Department's Award for Heroism for her actions during the evacuation of 2,500 people from the civil war in Sierra Leone, the largest evacuation since Saigon. She was on the first State Department team to go to Afghanistan and helped reopen the Embassy there in December 2001. Her other overseas assignments include Somalia, Kyrgyzstan, Grenada, Micronesia, and Nicaragua. On March 19, 2003, the eve of the U.S. invasion of Iraq, Ann Wright cabled a letter of resignation to Secretary of State Colin Powell, stating that without the authorization of the UN Security Council, the invasion and occupation of a Muslim, Arab, oil-rich country would be a disaster. Since then, she has been writing and speaking out for peace. She fasted for a month, picketed at Guantánamo, served as a juror in impeachment hearings, traveled to Iran as a citizen diplomat, and has been arrested numerous times for peaceful, nonviolent protest of Bush's policies, particularly the war on Iraq. She has been on delegations to Iran and was in Gaza three times in 2009, following the Israeli attack on Gaza that killed 1,440 and wounded 5,000. She was an organizer for the Gaza Freedom March that brought 1,350 persons from 44 countries to Cairo, Egypt, in solidarity with the people of Gaza. She was on the May, 2010 Gaza flotilla that was attacked by the Israeli military. She lives in Honolulu.

Dror FeilerOn May 31, 2010 Feiler was aboard one of the ships involved in the Gaza flotilla clash and sustained some minor injuries to the face and head during the raid. Dror Feiler is one of the founders and initiative takers for "Ship to Gaza Sweden" association. Ship to Gaza Sweden is an initiative for practical solidarity with the people of Gaza. (http://shiptogaza.se/) Dror Feiler is the chairman of the Swedish organization Jews for Israeli-Palestinian Peace (JIPF) (http://www.jipf.nu/) and the European organization European Jews for a Just Peace (EJJP). (http://www.ejjp.org/) Dror Feiler runs together with Gunilla Sköld Feiler the art-space TEGEN 2 in Stockholm, an art space that has specialized in "art and politic" projects and organized several exhibitions dealing with the Israeli/Palestinian issue. Dror Feiler is a musician, composer, a visual artist and a political activist. He was born in Tel Aviv, 1951. After refusing to serve in the Israeli army in the occupied territories 1970 he moved Sweden 1973. In 1977-1978 he studied musicology at Stockholm University and in 1978-1983 studied composition at the royal academy of Music in Stockholm. Dror Feiler has renounced his Israeli citizenship 1983. Dror Feiler is one of Sweden's leading composers & improvisation musicians. Dror Feiler has been active in solidarity work in the Israeli/Palestinian context since the 1970.

Wisnu PramudyaWisnu Pramudya, or best known as Dzikrullah, is an activist at Sahabat Al Aqsa, Indonesia. He is a journalist by profession, serving The Brunei Financial Times as well as many other internet-based news portals, including The Palestinian Information Center.

Tan Sri Murphy Nicholas Xavier PakiamMost Rev. Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam D.D; PSM PJN (Archbishop, Archdiocese Of Kuala Lumpur)

Prof. Dr N.S RajendranProf. Dr N.S Rajendran is a Professor at Sultan Idris University of Education, Malaysia. Dr N.S. Rajendran is the President of Malaysia Hindudharma Mamandram, a religious non-governmental organization (NGO) serving the Hindu community of Malaysia. Rajendran has conducted various workshops and seminars for teachers and ministry of education officials on the teaching of higher-order thinking skills, both locally and in countries such as Indonesia, Singapore, Thailand and Hong Kong. He has also conducted seminars and workshops to train teachers and ministry of education officials from Malaysia, Maldives, Bangladesh and Nepal in areas such as educational psychology, pedagogy, qualitative research methodology and teacher education.

Datuk Ahmad Zaki ZahidDatuk Ahmad Zaki Zahid is the Chairman of Peace Malaysia (Aman Malaysia). He has been appointed as Executive Director of Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) with effect from May 04, 2009. He was appointed to the Board of MRCB on 12 January 2005. He holds a Bachelor of Laws from University of Bristol, England. Datuk Ahmad Zaki was a Senior Executive Officer at the Issues and Investment Division of the Securities Commission of Malaysia from November 1994 to July 1998. There upon, from August 1998 to February 2000, he worked as a Senior Consultant at Booz Allen & Hamilton (Kuala Lumpur/ Singapore). He assumed the role of Special Assistant to YB Dato' Hishammuddin Tun Hussein, Minister of Youth and Sports, from March 2000 to June 2001. In July 2001, he joined the Deputy Prime Minister's Office as Special Assistant to Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi and was promoted as the Special Officer to Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi and Head of Policy Unit, Prime Minister's Office, from November 2003 to March 2009.He is now the Excutive Director of MRCB.

Dr Roslan Mohd NoorDr Roslan Mohd Noor is an academician in Islamic Education Academy, University of Malaya. He is well known to be knowledgeable in the sphere of Palestine history, Jerusalem-Islam, Zionism and other related fields. Dr Roslan obtain his PhD from University of Aberdeen. He has contributed his latest paperwork on issues relating to Palestine and Zionism in a seminar "Convention The End of The Zionist Agenda" in PWTC. Another work of him entitled "The History of Rise and Fall of Islamic Reign in Andalusia: Lessons and Boundaries" which was presented in 'Baldatun Tayyibah Seminar: Andalusia Model' organized by Malaysian Ulama Association (PUM). The seminar took place in a seminar hall of Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque, Shah Alam, Selangor in May 2009.

Zulkefli Mohd NaniZulkefli Mohd Nani is the Deputy President of Muslim Care Society Malaysia (MuslimCare). He was the Chairman of the Crisis Management Team of LIFELINE4GAZA Malaysia when a large group of Malaysian Humanitarian NGOs participated in the International Flotilla to Gaza in 2010. Zulkefli was also involved in various humanitarian missions across the globe such as to Acheh, Indonesia during Tsunami, to Balakot-Pakistan after the earthquake as well as other humanitarian missions to provide aid to flood victims local and abroad. He also witnessed the collapsed of various towns such as Jabiliyah in Gaza during Cast Lead Operation by Israel when he entered Gaza on 27 January 2009 during the ceased fire duration. Zulkefli graduated from California State University Fresno, USA with a Bachelor's Degree in Linguistics and later obtained his Master in Business Administration (MBA) from Universiti Teknologi MARA, Malaysia. He is currently attached to the International Division of a Malaysian Research Institution.

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. NoorDirector of Palestine Centre of Excellence (PACE)

Saturday, April 9, 2011

PEMBELA Membantah ”Formula Idris Jala”

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Kenyataan Media

3 April 2011

PEMBELA Membantah ”Formula Idris Jala

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan bantahan kami terhadap kenyataan Senator Datuk Seri Idris Jala yang didakwa oleh beliau sebagai keputusan kerajaan dalam menangani isu Bible Melayu. Bantahan kami ini terhadap apa yang kami istilahkan sebagai ”Formula Idris Jala” ini adalah berasaskan alasan berikut:

1. Status keputusan ini tidak jelas dan kabur. Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala danPeguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam. Perbincangan juga hanya diadakan dengan pihak Christian Federation of Malaysia sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira. Kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?

2. Seperti yang kami tegaskan dalam kenyataan media yang kami keluarkan pada hari Isnin 28 Mac yang lepas, keputusan melepaskan Bible Bahasa Melayu untuk edaran adalah bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang sedia ada termasuk Perkara 3, 11(4) dan Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam dan Seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan 1936. Oleh itu edaran Bible Bahasa Melayu bukannya suatu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.

3. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu ini sejak ia mula dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan Kristian, ”Formula Idris Jala” ini jelas merupakan suatu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini. Pendekatan ”Formula Idris Jala” ini adalah satu trend yang tidak sihat serta akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan Perlembagaan, undang-undang, sejarah dan budaya negara.

4. Apa yang turut menyedihkan, ”Formula Idris Jala” ini juga langsung tidak mengambil pandangan Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang diwujudkan sendiri oleh kabinet. Beliau nampaknya telah mendahului menteri yang bertanggungjawab iaitu YB Senator DS Jamil Khir dan TS Koh Soo Koon. Kedua-dua menteri yang bertanggungjawab ini untuk menjelaskan kepada pertubuhan-pertubuhan dan individu yang menjadi anggota JKMKAPA kenapa saluran ini dibelakangkan dalam menangani isu ini.

Justeru itu, PEMBELA menuntut agar Formula Idris Jala ini dikaji semula dan diselaraskan kembali dengan peruntukan undang-undang dan persefahaman antara agama dan kaum yang sedia ada. Oleh kerana isu ini boleh ada kaitannya dengan kedudukan Islam dan umat Islam, pandangan wakil-wakil Islam hendaklah diambil-kira dengan saksama dalam mencari formula yang lebih tepat. Jika tuntutan ini tidak diberi perhatian, PEMBELA mempertimbangkan untuk mencabar kesahihan ”Formula Idris Jala” ini di Mahkamah.

Selari dengan kenyataan media kami bertarikh 28 Mac 2011, kami menyeru semua pemimpin masyarakat di negara untuk kembali menghormati persefahaman tentang kedudukan Islam dan hubungan antara agama di negara kita demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Dr. Yusri bin Mohamad

Jurucakap PEMBELA

[Tel: 019-330-1631]

Sekretariat PEMBELA

[Tel: 019-3199-788 – Karim Omar]

d/a Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

25 Jalan Bandar 3

Taman Melawati

53100 Kuala Lumpur

Friday, April 8, 2011

Mini Seminar 10 April ini !!!

Assalamualaikum semua, masih ada tempat kosong, sila register di

http://iis-ahkam-muadz-2011.eventbrite.com/

MASJID MUADZ BIN JABAL

&

Al-AHKAM.NET

&

ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION

&

PEMUDA IMAN

menganjurkan

MINI SEMINAR: 'Mengenal Allah Melalui 3 Qul'

"Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas"

Ahli Panel

Ustaz Mohd. Nizam Abd. Kadir (UIAM, Panel 'Tanyalah Ustaz' di TV9

Ustaz Mohd Syauqi Mohd Zahir (UIAM)

Ustaz Hamdi Bin Abd. Hamid

Ustaz Syed Syahrizan Syed Mohamad (TV al-Hijrah)

Ustaz Adlan Abd Aziz (Al-Ahkam.net)

Tarikh & Masa: Ahad, 10 April 2011, 9:00 A.M to 1:00 P.M

Tempat: Masjid Muadz bin Jabal, Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur

Program ini percuma.

Tempat adalah TERHAD!

Daftar di http://iis-ahkam-muadz-2011.eventbrite.com/

Penyertaan adalah melalui pendaftaran SAHAJA!

Sila hubungi Sis Tuty @ email: Tuty.Abu.Bakar@gmail.com atau 017 888 9097 untuk keterangan lanjut

Saturday, April 2, 2011

Rumah hantu atau cerita palsu?

----- Forwarded Message ----

From: Zainal Alam B Ahmad (FMAD/PDB)

To: Hamdan B Ahmad (FSD/PDB) .

Sent: Thursday, 17 March 2011 19:25:45

Subject: Cerita Rumah Berhantu (Kisah benar)

http://2.bp.blogspot.com/-l4lMh8kBQ20/TWStroqhtfI/AAAAAAAAGyA/dEqMVOW_Yxg/s1600/2.jpg

Kepada penulis asal cerita ini...terima kasih la kongsi cerita ni..

Wednesday, February 23, 2011

Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni...sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut

Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal.. _______________________________________________

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

* Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]

* Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...

* Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

http://3.bp.blogspot.com/-Eme1NbISwXw/TWStrg2u_FI/AAAAAAAAGx4/Ci_bXt2RyQI/s1600/1.jpg

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.

Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yan paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

http://3.bp.blogspot.com/-Eme1NbISwXw/TWStrg2u_FI/AAAAAAAAGx4/Ci_bXt2RyQI/s1600/1.jpg

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..