Sunday, May 29, 2011

Cek kiblat hari ini 28/5/2011

----- Forwarded Message ---- From: Zainal Alam B Ahmad (FMAD/PDB) <zainalalam_ahmad@petronas.com.my> To: Hamdan B Ahmad (FSD/PDB) <hamdan_ahmad@petronas.com.my> Sent: Thursday, 26 May 2011 15:40:22 Subject: FW: Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, (Sabtu) InsyaALLAH

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH

selatanonline

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah. Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

cid:image001.jpg@01CC19EE.959802E0

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat.SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

cid:image002.jpg@01CC19EE.959802E0

Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

· Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

· Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

· Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.

· Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

· Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas

WAllahu Ta’ala A’lam.

__._,_.___

Wednesday, May 25, 2011

Penamaan Calon PERMATA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

PERMATA singkatan bagi Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mutah Jordan adalah satu persatuan di bawah naungan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) dan Education Malaysian Jordan (EMJ). Semua pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Mutah secara automatik menjadi ahli PERMATA yang rasmi sehingga hilang kelayakan sebagai ahli.

Hari ini 25 Mei 2011, tarikh terakhir untuk penamaan calon bagi Jawatankuasa PERMATA yang akan menggantikan jawatankuasa kepimpinan yang lepas. Ana juga tidak terlepas untuk mengisi borang penamaan calon untuk mencalonkan nama-nama yang layak untuk dicalonkan.Cara penamaan calon PERMATA sangat berbeza dengan universiti tempatan. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk Pilihanraya PERMATA akan mengedarkan kepada setiap ahli PERMATA :
  1. borang penamaan calon,
  2. peraturan umum penamaan calon dan berkempen,
  3. surat makluman awal mesyuarat Agung PERMATA kali ke-12,
  4. borang usul & cadangan,
  5. nama-nama calon yang layak dicalonkan

Cara penamaan calon adalah dengan mengisi kotak ruangan berikut:

  1. 3 orang calon untuk jawatan presiden (siswa)
  2. 3 orang calon untuk jawatan timbalan presiden (siswi)
  3. 16 orang calon untuk jawatan ahli lembaga tadbir siswa
  4. 16 orang calon untuk jawatan ahli lembaga tadbir siswi

Ahli PERMATA akan mengisi ruangan kosong tersebut dengan nama yang telah disenaraikan sebagai calon yang layak untuk bertanding. Kemudian, borang tersebut perlu dihantar kepada pihak SPR pada tarikh 25 Mei 2011 sebelum jam 12 tengah malam.

Ana tidak sempat untuk menulis peraturan umum yang ingin dikomen memandangkan malam ini ana kekurangan waktu-->Almaklum le ade orang nk buat surprise ape tah...

Ana telah baca dengan teliti peraturan umum penamaan calon dan ana yakin tiada peraturan yang boleh membuatkan hak menamakan calon ana gugur selepas entry ini dibuat. Kempen yang dimaksudkan adalah untuk memberitahu orang ramai kelebihan calon yang kita calonkan dan sebab-sebab perlunya kita menamakan calon tersebut. Di dalam peraturan tersebut tiada penerangan secara terperinci mengenai KEMPEN. Hanya ada beberapa perkara umum yang di highlight-kan seperti kawasan pilihanraya tidak boleh berkempen sama sekali dan kempen melalui media cetak hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak SPR.

Maka, di sini ana sengaja mengumumkan calon-calon yang ana rasa layak untuk dicalonkan TANPA KEMPEN.

Bagi siswa calon-calonnya adalah:

  1. Aizul Aiman bin Musa (calon PRESIDEN)
  2. Mohd Firdaus bin Mohd Osmani (calon PRESIDEN)
  3. Mohd Farhan bin Mohd Ariff
  4. Ahmad Khailani bin Zahari
  5. Mohamad Iezwan Bin Ielias
  6. Ahmad Syukran bin Baharuddin
  7. Aiman Sufyan bin Aezman
  8. Anas bin Abdul Rahman
  9. (Selebihnya ana tidak maklumkan atas sebab-sebab tertentu)

Bagi siswi calon-calonnya adalah:

  1. Umaimah binti Salam (calon TIMBALAN PRESIDEN)
  2. Aslam Farah binti Selamat (calon TIMBALAN PRESIDEN)
  3. Ma Razhanlaily binti Abd Razak
  4. Syarifah NurFathiah binti Syed Mustapha
  5. Siti Aimah binti Borhan
  6. Nurul Nadwa binti Azman
  7. Azimah Sumayah binti Norzihan
  8. Arini Waznah binti Ahmad Lotfi
  9. Masyitah binti Abdul Majid
  10. Farah Farhanah binti Safie
  11. Siti Norhaidah binti Harun
  12. Siti Adibah binti Abu Bakar
  13. Faizura binti Khalek
  14. Nurul Izzah binti Ismail
  15. (Selebihnya ana tidak maklumkan atas sebab-seba tertentu)

Sebab-sebab nama di atas dicalonkan oleh ana akan di beritahu dalam tempoh berkempen. Selamat Menamakan Calon Pilihan Anda ^_^

.

Monday, May 23, 2011

Tidur - Antara Nikmat Dan Bala

Bismillah.. salam buat perindu malam, di kala wajah bulan kan berseri-seri.. walau hadirmu baru semalam, namun ku akan tetap menanti..begitu terasa nikmat tidur yang sementara, sebelum tibanya waktu kan tidur buat selama-lamanya.
tidur merupakan nikmat, ia boleh digunakan sebagai rehat kepada badan yang keletihan.. kembali menyambung segala urusan yang telah dipertanggungjawabkan. kita sebagai manusia dan hamba kepada-Nya. gunakan waktu yang telah diberikan.. tidur di malam hari, dan mengambil sedikit waktu untuk qailulah sebagai bekalan untuk beribadah di sepertiga malam.
andai sebaliknya.. tidur yang tidak terurus kadang-kadang membawa kecelakaan kepada diri. daya kekuatan diri kan berkurangan dan ibadah entah di mana. ada yang sengaja melewatkan tidur dan tergelincir bersama terbitnya mentari. di sinilah datangnya subuh gajah, terjemur qunut dan sebagainya. tak hadir ke muhadharah dan lain-lain lagi. alangkah malangnya andai perlakuan disengajakan dan acap kali ianya berlaku.
bertapa tinggi nilai tidur yang sempurna dan tidak berlebihan.. orang yang memelihara tidur dengan adab-adabnya, nescaya akan terpelihara juga ibadahnya. orang yang terpelihara ibadahnya akan dipelihara dari melakukan maksiat.. yang dengannya menjauhkan diri dari terkena bala. tidur sempurna.. ibadah sempurna.. kehidupan sempurna.. dunia dan akhirat. insha-Allah. wallahua'lam..

Friday, May 20, 2011

PEMBELA Sokong Titah Sultan Perak

Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

17 Mei 2011

PEMBELA Sokong Titah Sultan Perak

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan sokongan penuh kami kepada titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam yang mengingatkan bahawa tindakan tegas wajar diambil terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan kuasa Raja-raja Melayu berkaitan dengan hal ehwalagama Islam. PEMBELA merasakan bahawa kegagalan bertegas dan sikap terlalu melayan tuntutan dan dakwaan sesetengah pihak yang bercanggah dengan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah menjadi antara faktor yang menggalakkan lagi sikap dan tuntutan seumpama itu.

PEMBELA juga amat mengalu-alukan teguran Baginda bahawa falsafah tersirat di sebalik peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan bukan sekadar memperakui apa yang tersirat. Ini adalah kerana, PEMBELA memperhatikan bahawa ada kecenderungan sesetengah pihak untuk akur kepada peruntukan yang tersurat tetapi sering disusuli sikap dan perbuatan yang bercanggah dengan semangat peruntukan perlembagaan yang terbabit. Misalnya, ada yang mengaku akur dengan Perkara 3(1) yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi tidak henti-henti cuba menuntut kedudukan yang sama tinggi bagi agama-agama lain. Sering pula tuntutan ini dibuat dengan cara yang kasar dan dengan pendekatan konfrontasi yang menunjukkan sikap tidak hormat dengan falfasah peruntukan ini.

Oleh itu PEMBELA menyeru semua pihak agar menyambut baik nasihat di raja ini dan menterjemahkannya dalam amalan dan sikap.

PEMBELA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak agar mengelakkan sikap ekstrim dalam menangani isu-isu berkaitan agama di negara kita. Ini termasuklah mengelakkan daripada mengeluarkan seruan jihad dan syahid kerana ia boleh di salah-fahami dan menimbulkan tanggapan yang salah terhadap Islam dan penganutnya. Hakikatnya, walaupun ‘jihad’ dan ‘syahid’ adalah prinsip-prinsip yang termaktub dalam agama Islam, prinsip-prinsip ini tertakluk rapi dengan syarat-syarat dan batasan syariat. Ia tidak boleh diisytiharkan dan ditentukan oleh mana-mana individu kecuali pemimpin yang mempunyai kuasa rasmi dalam sesebuah negara Islam.

Semoga Allah Subhanahu wata`ala sentiasa memelihara keutuhan agama, bangsa dan negara di tanah air yang kita cintai ini.

Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad

Pengerusi PEMBELA

.

Thursday, May 19, 2011

Berhati2 Melancong ke China

http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/74ec7b1f/beef-extract-additive-550x348.jpg Orang China ni bukan saje pandai buat telur tiruan malah depa ni dok pandai buat daging lembu tiruan jugak. Yang gelinye, menggunakan DAGING BABI! Di sana, harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka pakat tipu semua orang dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit saja, daging babi yang digoreng menjadi sesedap daging lembu. Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan wallah! Daging babi yang dihidang rasanya seperti daging lembu. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Adakah teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Anda tentukan.

http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/74ec7b1f/beef-extract-additive2.jpg http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/74ec7b1f/beef-extract-additive3.jpg http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/74ec7b1f/beef-extract-additive4.jpg

Monday, May 16, 2011

Sajak Untukmu Guru...

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari Guru

Sambutan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi bagi tahun ini akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kucing, Sarawak. Perdana Menteri Malaysia dijangka akan merasmikan majlis ini. Tema Hari Guru kali ini adalah Guru Penajana Transformed Pendidikan Negara, manakala tahun lepas pula ialah Guru Penjana Negara Bangsa.

Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru dan dari guru kepada anak didik untuk tatapan dan renungan bersama.

.

Hari-hari Bahagia (أحلى الأيام)

.

Aku, anugerah Ilahi sebagai gurumu,

Berpenat, berjerih mendidik dirimu,

Kuabdikan diri sebagai hamba Pencipta,

Hanya kepada-Nya kumartabatkan ilmu.

.

Beberapa ketika kita bersemuka,

Riak mukamu penuh sengsara,

Mengejar harapan si orang tua,

Asik beradik, nusa dan bangsa.

.

Kumampu tersenyum dengan gelak tawamu,

Sedetik berlalu berpisah jua,

Kau kan pergi meninggalkan kita,

Membawa segulung harapan bangsa,

Menyuluh diri, tonggak intelektual.

.

Hidupmu merata meneruskan perjalanan

Ku tak ingin kau lemah dan terpinggir,

Di alam buana penuh pancaroba.

.

Jadikan azimat kalam Ilahi, hadis baginda;

Lukisan hati gurumu. Itu semua panduan kehidupan,

Hidupmu pasti tidak terbuang hina.

.

Ketika kau gembira, gurumu berbangga,

Ketika susahmu, ingatkan saat bahagia;

Waktu kanak-kanak dan juga remaja,

Mekar mewangi di taman sanubari.

.

Ingatlah kita pernah bersama di UDM itu,

mencari pelita menerangi kejahilan dan kerakusan nafsu,

Memahami kalam Ilahi, dan sabda junjungan'

Mekar mewangi di taman sanubari.

.

Wahdah Habibi, Universiti Sultan Zainal Abidin Malaysia (UNISZA),

23-3-2007

------------------------------------------

.

Kau Guruku Selamanya

.

Guru,

hari ini kau bergelar guruku

esok kau tetap guruku

meski sampai matiku

kau tetap guruku

meski aku kau lupakan

meski mati menjemput kita

budimu tetap terpahat.

.

Guru,

pendidik nusaku

takkan aku lupakan kamu

nekadmu memberiku erti

erti sebuah kehidupan

erti sebuah perjuangan

dengan senyum dan takwa

dengan keringatmu yang tak kehabisan.

.

Guru,

kami umpama kuntuman puspa

mewangi di zaman transformasi

mengalami perubahan berperingkat

bertitahkan pengalaman dan pembelajaran

yang dititipkan oleh kamu

.

Guru,

akan ku teruskan perjuanganmu

mewarisi jawatanmu

sebagai pendidik terhebat

agar anak-anak nusaku nanti

menjadi ikutan kepimpinan

dengan niat ikhlas

bernawaitukan Lillah

dan contoh Rasulullah

sepertimu guruku,

yang kami sanjung tinggi.

.

Guru,

maafkan kami

jika masih di hatimu

kedegilan yang membuas

atau hatimu terusik

dengan hati yang tidak matang ini

kerana kami pucuk muda

yang kadangkala mengugat kesabaranmu...

.

Mashitah binti Zainol Abidin

Universiti Mu'tah

Jordan

14 Mei 2011

Saturday, May 14, 2011

Seminar “Ibrah Pembukaan Konstantinopel”

Hadir Beramai-Ramai Ke Seminar 28 Mei ! Tempat Semakin Terhad !

Seminar “Ibrah Pembukaan Konstantinopel” akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 28 Mei 2011 di Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

“Dan binalah persiapan bagi menghadapi mereka dengan apa sahaja kekuatan yang kamu mampu.” Demikian surah Al-Anfal, ayat ke 60 yang direkodkan oleh Maulana Shekh Al-Kurani dari Sultan Muhammad bin Murad dalam suratnya kepada raja Mesir, Al-Asyraf Inal menyatakan dengan jelas faktor kejayaannya membuka Kota Konstantinopel.

Pembukaan kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih merupakan satu peristiwa bersejarah dalam perkembangan Islam. Profesor Redzuan Othman menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai Sultan Muhammad ini merupakan gabungan inspirasi yang membakar semangat dari para ulama, perancangan yang rapi berasaskan penyelidikan sejarah yang mendalam, kerja sepasukan yang jitu, pemilihan strategi ketenteraan yang sesuai pada waktunya dan keyakinan yang luarbiasa kepada pertolongan Allah Subhanahu Ta’ala. Dr Siddiq Fadzil pula menyifatkannya sebagai hadiah dari sebuah gerakan kependidikan yang panjang sejak dari pengislaman bangsa Mongol yang memusnahkan Baghdad sebelum itu lagi.

Atas asas ini, sebuah seminar akan diadakan sempena memperingati 558 tahun pembukaan Konstantinopel (kini Istanbul) pada 29 Mei 1453. Seminar “Ibrah Pembukaan Konstantinopel” akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 28 Mei 2011 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seminar anjuran Ibrah Paradigm Training and Consultancy dan One Heart Creative Solution ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat dan mahasiswa sebuah peristiwa yang telah mengubah perjalanan sejarah umat Islam selepas tragedi berdarah kejatuhan kerajaan Islam Abbasiah pada 1258 Masihi.

Peristiwa yang membenarkan ramalan Nubuwwah ini wajar menjadi iktibar kepada generasi muda dalam usaha menjadikan nasib umat Islam khususnya di Malaysia pada masa akan datang lebih baik daripada keadaannya pada hari ini. Umat Islam mesti diberikan kesedaran dan pencerahan mengenai hukum sebab musabbab (the law of cause and effect) yang menjadi asas terpenting dalam pengkajian dan pembacaan sejarah jatuh bangun peradaban Islam.

Seminar ini dijangka menganalisa pemikiran strategik Sultan Muhammad sepanjang 53 hari kempen pembukaan kota Konstantinopel dilancarkan. Turut dianalisa adalah faktor-faktor kekebalan kota Konstantinopel sehingga 12 percubaan tentera Islam sebelumnya tidak mampu meruntuhkan keegoan empayar Kristian Byzantine zaman berzaman. Maulana Abul Hassan Ali An-Nadawiyy pernah menyebutkan bagaimana sifat teliti, berhati-hati dan matangnya persiapan taktikal Muhammad jauh mengatasi usianya sendiri yang baru 21 tahun ketika misi diumumkan kepada rakyat jelata. Penyediaan 140 buah kapal perang, 320 buah bot, 150 ribu askar, 12 ribu tentera Janissaries, 4 meriam gergasi, puluhan mortar dan ratusan ekor kerbau, sudah cukup menggambarkan persiapan Muhammad jauh terkehadapan dari masa dan zaman baginda hidup sendiri.

Beberapa pameran ringkas akan dipaparkan di dalam dan luar dewan bagi membawa peserta mengimbau sendiri bagaimana detik-detik pengepungan Konstantinopel pada 1453 Masihi itu yang nyata berbeza dengan 20 pengepungan yang dialami Byzantine sepanjang seabad kekuasaan mereka sebelum ini. Beberapa tayangan multimedia yang diperolehi dari Istanbul sendiri akan dikongsikan dengan peserta bagi memudahkan lagi proses mereka memahami bagaimana proses pembukaan kota terkebal di dunia itu dilakukan.

Selain buku “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” terbitan PTS Milennia, para peserta seminar juga boleh mendapatkan sebuah buku terbaru bertajuk “Detik-Detik Konstantinopel” terbitan Mazni Irfan Publication, sebuah tesis ilmiah oleh Tuan Abdul Hamid Latip mengenai percubaan percubaan menawan Konstantinopel sejak dari zaman Muawiyah dan Abu Ayyub Al-Ansari lagi.

Seminar ini juga dijangka menganalisa ibrah terbesar dari peristiwa 1453 Masihi tersebut supaya ummah tidak selamanya ditimpa romanticism dan hero-worshipping dari kisah-kisah menakjubkan sepanjang pembukaan Kota Konstantinopel.

Sebagai contoh, ramai kalangan kita yang lebih gemar menganggap peristiwa pemindahan 70 buah kapal Othmaniyyah pada malam 22 April itu sebagai sebuah ‘miracle’ buat Muhammad, ‘tuah’ yang kebetulan diberikan Tuhan padanya dan tidak pada kita pada hari ini. Seandainya kajian mendalam dibuat bagaimana proses penorehan bukit, penebangan pokok, pencurahan minyak dan lemak haiwan, pemilihan masa dan arah peluncuran kapal, pemilihan bukit Galata (Pera) dan Tanduk Emas, nescaya kita akan dapati Muhammad tidak lebih dari hanya menggunakan segenap pengetahuan kejuruteraan, geografi, matematik, dan falak yang ada padanya. Kemudian ia dipadukan lagi dengan disiplin dan kesatuan kerja sepasukan tentera yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah walaupun sudah 2 minggu mengepung kota itu tanpa tanda-tanda kemenangan.

Kesimpulannya, bantuan Allah yang datang kepada Sultan Muhammad dan tenteranya sehingga musuh tidak menyedari peristiwa itu terjadi adalah selepas Muhammad melakukan ikhtiar kemanusiaan mengoptimakan upaya akal fikiran semaksima mungkin untuk memenuhi hukum sebab akibat (sunnatullah). Ternyata ia bukan sebuah kisah karamah seorang wali Allah semata-mata, bahkan kisah kejayaan sebuah proses pendidikan Islam yang menyeluruh dan bermula sejak dari kecil dengan pemantauan yang ketat oleh ibubapanya dan para ulama, serta aplikasi seimbang tanpa dikomoti apa yang disebut pada hari ini dengan ‘aliran agama’ dan ‘aliran sains’.

Menjadi harapan semoga seminar ini berakhir dengan kejelasan peserta mengenai model pendidikan Islam era Othmaniyyah dan mekanisme pembentukan manusia berkualiti hingga melahirkan sebaik-sebaik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat pada masa itu.

Kertas kerja akan dibentangkan oleh panel-panel terbaik dalam pengkajian mengenai Sultan Muhammad Al-Fatih. Mereka adalah Profesor Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sejarah dan Sains Sosial, Universiti Malaya dan Ustaz Haji Hasrizal Jamil, Pengarah Urusan Saifulislam Training and Consultancy. Ucaptama akan disampaikan oleh novelis Islam terkenal tanahair iaitu Pak Latip atau Tuan Abdul Latip Talib yang juga menulis novel pertama dalam bahasa Melayu di Malaysia mengenai Sultan Muhammad Al-Fatih.

Seminar ini juga akan diserikan lagi dengan persembahan khas dari kanak-kanak yang telah bertekad untuk menjadikan Sultan Muhammad Al-Fatih sebagai idola hidup mereka. Kanak-kanak ini adalah para pelajar di Khalifah Model School, Ampang, sebuah institusi pendidikan swasta yang unik dan tersendiri dalam membina dan membentuk generasi Islam di tanah air.

Meneladani Muhammad Al-Fatih bererti meneladani minda intelektualnya seiring dengan semangat aktivisme jihadnya. Halil Inalchik pernah merekodkan bahawa Sultan Al-Ghazi ini pernah belajar agama Kristian dari paderi Gennadius dan mengarahkan Amirutzes dari Trebizon, Critoboulus dari Imros dan Ciriaco dari Ancona untuk menulis sebuah risalah mengenai agama Kristian kepadanya. Amirutzes juga pernah diarahkan Sultan Muhammad menterjemah peta geografi Ptolemy padanya dan menyediakan perpustakaan khas istana dengan bahan-bahan manuskrip Latin dan Greek untuk dibacanya. Shekh Lutfi dilantik untuk menjaga perpustakaan yang menempatkan hampir 12 ribu jilid buku sebelum terbakar pada 1465 Masihi. Bagi persiapan peperangan dan pembukaan yang boleh membabitkan kecederaan ribuan tentera, Sultan Muhammad pernah mengarahkan penterjemahan karya Abul Qasim Az-Zahrawi iaitu At-Tashrif fil al-Thibbi ke dalam bahasa Turki, sebuah karya agung memperihalkan alat-alat bedah dan posisi pesakit ketika pembedahan. Sultan yang sama pernah mengarahkan seluruh tenaga pengajar madrasah-madrasah Othmaniyyah supaya memiliki enam buku wajib dalam bahasa Arab iaitu kitab Ash-Shihah, at-Takmilah, al-Qamus dan sebagainya.

Namun demikian, Sultan yang sama jua sentiasa direkodkan gigih meneruskan misi jihad dan tidak berpada dengan pencapaiannya di Konstantinopel dan gelaran Al-Fatih yang diperolehinya. Ternyata gelaran Al-Ghazi menyebabkan Sultan Muhammad sanggup turun dari kuda dan berjalan kaki bersama tentera menaiki bukit-bukau dan hutan tebal menuju kota Trabzon. Bahkan baginda wafat dalam sebuah misi pembukaan sebuah kota di Barat yang tidak diketahui tenteranya sendiri.

Daftarlah segera seminar yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia ini. Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan anak muda. Mudah-mudahan seminar ini akan berjalan lancar dan mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu wa Taala.

Muhamad Syaari Ab. Rahman Pengarah, Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453 Penulis Buku “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh”

sumber: http://www.iskandarfateh.com/2011/05/hadir-beramai-ramai-ke-seminar-28-mei.html & http://www.iskandarfateh.com/2011/04/draf-kasar-seminar-penawanan.html

Friday, May 13, 2011

Lirik translate Because Of You

I will not make the same mistakes that you did

I will not let myself cause my heart so much misery

I will not break the way you did

You fell so hard

I've learned the hard way, to never let it get that far

.

Because of you

I never stray too far from the sidewalk

Because of you

I learned to play on the safe side

So I don't get hurt

Because of you

I find it hard to trust

Not only me, but everyone around me

Because of you

I am afraid

.

I lose my way

And it's not too long before you point it out

I cannot cry

Because I know that's weakness in your eyes

I'm forced to fake a smile, a laugh

Every day of my life

My heart can't possibly break

When it wasn't even whole to start with

.

I watched you die

I heard you cry

Every night in your sleep

I was so young

You should have known better than to lean on me

You never thought of anyone else

You just saw your pain

And now I cry

In the middle of the night

For the same damn thing

.

Because of you

I never stray too far from the sidewalk

Because of you

I learned to play on the safe side

So I don't get hurt

Because of you

I tried my hardest just to forget everything

Because of you

I don't know how to let anyone else in

Because of you

I'm ashamed of my life because it's empty

Because of you

I am afraid

.

Because of you

Because of you

.

Translate ke Malay version by Michi Chan

.

Aku takkan buat silap yg sama sepertimu

Aku takkan biarkan diriku buat hati terima byk penderitaan

Aku takkan ubah cara kamu buat sehinggakan kamu rasa berat sangat

Aku telah belajar cara sukar, tuk tak biarkan hal itu sampai sejauh itu

.

Kerana kamu

Aku tak pernah menyimpang terlalu jauh dari jalan

Kerana kamu

Aku belajar tuk bermain di tempat yg selamat

Supaya aku tak terluka

Kerana kamu

Aku rasa sukar tuk mempercayai

Bukan hanya diriku sendiri, tapi semua orang di sekitar diriku

Kerana kamu

Aku rasa takut

.

Aku kehilangan jalan

Dan itu tak lama sebelum kamu tunjuk jalan

Aku tak boleh menangis

Kerana aku tahu kelemahan yang ada di matamu

Aku terpaksa senyum palsu, tertawa

Setiap hari hidup dalam hidupku

Hatiku tak mungkin berhenti

Bila ianya tak sepenuhnya tuk memulakan kembali

.

Aku lihat kematianmu

Aku dengar tangisanmu

Setiap malam dalam tidurmu

Aku sangat muda

Kamu sepatutnya lebih tahu dari bersandar padaku

Kamu tak pernah nak fikirkan orang lain

Kamu hanya nampak kesakitanmu

Dan sekarang aku menangis

Di tengah malam

Untuk hal mengecewakan yang sama

.

Kerana kamu

Aku tidak pernah menyimpang terlalu jauh dari jalan

Kerana kamu

Aku belajar untuk bermain di tempat yg selamat

Supaya aku tidak terluka

Kerana kamu

Aku cuba perkara yg paling susah hanya tuk lupakan semuanya

Kerana kamu

Aku tak tahu cara membiarkan orang lain memasuki

Kerana kamu

Aku malu dgn hidupku kerana ianya kosong

Kerana kamu

Aku rasa takut

.

Kerana kamu...

Kerana kamu...

Tuesday, May 10, 2011

Walaupun kecil tapi amat berbisa

Walaupun kecil tapi amat berbisa

Don't Mess with a Redback Spider!!

An office receptionist got the shock of her life earlier this week when she found a 70cm long snake entangled in the web of a deadly red back spider. Tania Robert son, a receptionist at an electrical firm, came in to work on Tuesday and spotted the site next to a desk in her office. The snake, which had obviously died from the spider's poisonous bite, was off the ground and caught up in the web.

Leon Lotz of the Arachnology Department at the National Museum said it was only the second time that he had heard of a snake getting caught in a spider's web. It is believed the snake got caught in the web on Monday night. But it did not take the red back spider long to bite it. A red mark on the snake's stomach was evidence of where the spider had started eating it.

Throughout Tuesday, the spider checked on her prey, but on Wednesday she rolled it up and started spinning a web around it. She also kept lifting it higher off the ground, while continually snacking on it.

cid:4.4098740077@web52702.mail.re2.yahoo.com cid:5.4098740077@web52702.mail.re2.yahoo.com cid:6.4098740077@web52702.mail.re2.yahoo.com

cid:7.4098740077@web52702.mail.re2.yahoo.com

cid:8.4098740077@web52702.mail.re2.yahoo.comcid:3.4098740077@web52702.mail.re2.yahoo.com

Saturday, May 7, 2011

Aku dan kain putih...

indahnya alam ku lihat,
pertama kali mata ini dibuka,
hanya dapat memerhatikan..
akulah umpama kain putih,
kan dicorak si pelukis,
mencipta satu gambaran..
yang indah kan disimpan,
yang hodoh hanya dibiarkan,
andai ku bisa melukis sendiri..
kini kain putih telah kembali,
sedia untuk disemadi bersama,
bertaubatlah sebelum terlambat..

credit to nasirdamanhour

Sunday, May 1, 2011

Ummu Ubadah-contoh Isteri taatkan Suami & perintah Allah.

TERLALU BANYAK pelajaran berharga dalam peristiwa hijrahnya Rasulullah SAW. dari kota Makkah ke Madinah, tetapi episode Ummu Ubadah ini sering dilewatkan bahkan kadang dilupakan.

Setelah berhari-hari meninggalkan kota Makkah, rombongan Rasulullah yang akan berhijrah ke Madinah telah mencapai separuh jarak rentang perjalanan. Abu Bakar ra. menghadap Rasulullah Saw. untuk mengabarkan bahwa logistik serta persediaan makanan telah habis. Rasul Saw. segera memerintahkan Abu Bakar untuk berusaha bahan makanan dan minuman di sekitar daerah itu. Mungkin ada oase atau tanaman yang bisa dimanfaatkan buahnya, atau barangkali ada rumah penduduk di sekitar mereka yang kiranya dapat membantu.

Abu Bakar bergegas melaksanakan titah Rasul, namun tak ada mata air yang ia temui, tak pula ia jumpai tumbuhan yang buahnya dapat dimakan. Yang ia jumpai hanyalah gubug kecil yang dihuni perempuan paruh baya, Ummu Ubadah, demikianlah ia mengenalkan diri kepada Abu Bakar. Orang jujur dan sahabat paling dekat dengan Rasul ini, segera menyambut perkenalan Ummu Ubadah dengan ramah sesuai dengan ajaran Islam. “Kami kafilah dari Makkah sedang menuju Yatsrib (Madinah) dan kami kehabisan persediaan air serta bahan makanan, kami siap membelinya sesuai dengan harga pasaran jika Anda memilikinya”, kata Abu Bakar ra.

Ummu Ubadah menjawab: “Maaf Tuan! Saya tidak memiliki apa yang Tuan butuhkan. Saya hanya memiliki seekor kambing dan sudah tiga hari tidak saya gembalakan, karena suami saya tak ada di rumah, sedang kasab dan ikhtiar makanan.”

Abu Bakar segera melaporkan ihwal itu kepada Baginda Rasulullah Saw. Selaku pemimpin yang amat populis, beliau cepat merespon laporan tersebut dan bergegas menuju rumah Ummu Ubadah. Setelah memberi salam, beliau bertanya: “Apakah benar Anda mempunyai kambing?”

“Benar Tuan”, jawab Ummu Ubadah singkat.

“Bagaimana kalau kambing itu kami beli melebihi harga pasar?”, tanya Rasul.

“Maaf Tuan, kambing itu tidak akan saya jual, berapapun harganya”, Jawab Ummu Ubadah. Kemudian ia menjelaskan, “Dua alasan mengapa saya tak akan menjual kambing ini, Tuan. Pertama, saya mesti mendapat izin dari suami saya untuk dapat menjualnya, sedangkan ia tak ada di rumah. Dan yang kedua, kambing ini bagi saya memiliki nilai historis yang jauh lebih berharga dari apa yang Tuan tawarkan. Kambing ini adalah mahar (mas kawin) ketika kami menikah”.

Rasulullah Saw. yang amat arif memahami kedua alasan tersebut. Akhirnya Rasulullah meminta Ummu Ubadah untuk mengeluarkan kambing itu sekaligus meminta panci untuk menampung air susu kambing itu yang akan Rasul perah. Sang pemilik kambing tidak keberatan dengan permintaan itu, walau agak pesimis untuk mendapatkan air susunya. Pasalnya Ummu Ubadah sudah berulang kali memerah tetapi tak satu tetes pun berhasil ia dapatkan.

بسم الله الرحمن الرحيم ... Hanya itu yang diucapkan oleh Rasul Saw. lalu beliau mulai memerah kambing itu, air susupun mengalir dengan deras. Selanjutnya Rasulullah Saw. membagikan air susu kambing itu dengan adil dan merata. Beliau sendiri mendapatkan bagian yang paling akhir. Kemudian Rasulullah Saw. pun bersabda:

عن أبى بكر رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم خادم الأمة آخرة شربا

Artinya: Pemimpin/pelayan ummat itu dapat jatahnya terakhir.

Cerita Ummu Ubadah dalam sepenggal episode hijrah ini merupakan asbabul wurud hadits di atas. Semoga ada hikmah yang dapat kita ambil.

.

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..