Monday, June 27, 2011

Proton Pahlawan Series ....

Proton Tuah (next generation persona)

Proton Jebat

Proton Kasturi

Proton Lekir

Proton Lekiu

Dan………..

Tak sempat masuk show room. Kena sumpah.

Thursday, June 23, 2011

CURRY LEAVES

Take 22 leaves, bruise slightly, and leave to soak, overnight, in a cup of boiled and cooled water.

Strain, and drink first thing in the morning .

You can drink your tea/coffee 1/2 hour later.

See brief explanation below:

The value of the curry leaf is appreciated by a very few people .. Apart from its general use, It protects the liver and the liver cells and is even used as a medicinal cure of certain liver diseases, the control of high blood pressure, heart disease , diabetes and high cholesterol especially. It is an excellent culinary herb for fat reduction.

"Curry leaf definitely reduces overweight” says Dr Vajira P.S. Seneviratne, Medical Officer, Government District Ayurveda Hospital, Beliatte ,Sri Lanka.“ The leaves contain nearly 18 amino acids and volatile oils which contributes a very specific fragrance .

Its medicinal properties and actions help improve people’s digestive power and helps avoid constipation and softens stools. Curry Leaf also relieves flatulents and heals gastritis”.

Try "Curry Leaf porridge or Curry Leaf in any curries" twice or thrice weekly.

Monday, June 20, 2011

Jangan Mudah Menyerah...

Bismillah.. suatu tarikh yang dinanti.. mungkin dengan penuh debaran, mungkin juga hanya dengan kegelisahan yang dicipta.. ujian itu sudah pasti, atas kita yang akan menjadikannya sempurna. kesedaran selalu datangnya di kemuncak yang selalu mencemaskan, namun inilah cabaran yang dicipta.. ujian berani mati.. matikan segala perasaan, rasai penyesalan yang dicipta.

usaha, ikhtiar, dan tawakal.. hanya sekadar slogan, seperti jasad tanpa roh.. kita bukan burung di dalam sangkar, kita anai-anai yang berperanan setiap ketika.. mana kan terbinanya busut yang menggunung, kalau hanya usaha di akhir garisan?? moga tangan yang menghayun kan terpukul diri sendiri..

pengalaman yang lalu jadikan pengajaran.. waktu yang sedikit, mengajar bergerak di lingkungan yang sempit.. jangan terlalu mudah berputus asa, menangis tak mengapa.. moga yang kaku kan jadi lembut, moga yang beku kan mengalir lagi.. walau hanya dengan titisan, batu yang keras kan terbelah jua.. tabah dengan ujian.

pandanglah dengan senyuman.. kerna siang kan menemui malam, dan malam kan tetap menemui siang.. kau tak akan mampu untuk terus membahagiakan diri, carilah sokongan untuk kau terbang bersama.. moga ombak kan menghempas kuat, menciptakan tsunami pencetus satu perubahan.. wallahua'lam..

Friday, June 17, 2011

Eh, Ustazah Berinai~~

Hari tu ustazah, adiknya si Amalina, dengan beberapa orang anak murid keluar membeli-belah. Sampai kat satu kedai ni...
Amalina: Akak! Cantiknyaaaaa~~~
Ustazah: Ape dia yang cantik tu?
Amalina: Tuuuu~ (Sambil menunjuk ke arah seorang gadis India yang sedang mengukir inai di tangannya di sebuah kedai)
Ustazah: Owh... Cantik~ Tapi...
Nurin: Tapi ape, ustazah?
Ustazah: Dia je la yang boleh pakai macam tu, kita tak boleh tiru dia~ Nampak kan selama ni diorang yang selalu pakai macam tu?
Ezahd: Ha'ah... Tapi kenapa kita tak boleh ikut dia pakai macam tu gak, ustazah?
Ustazah: Sebab bila kita ikut dia, kita pun tergolong dalam kalangan dia jugak...
Azri: Owhhhh... Jadi takleh lah nak ukir-ukir macam tu?
Ustazah: Ha'ah, kalau boleh elakkan dari ikut macam tu, lagipun sekali tengok benda tu kan menyerupai tatoo.
Amalina: Kalau masa kawen-kawen tu pulak, kak? Ramai je yang ukir inai kat tangan.
Ustazah: Itu lagilah patut dijauhkan. Sebab bila kita pakai macam tu, atas tujuan ape sebenarnya? Untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk? Dikhuatiri ada riak dalam hati bila ukiran inai tu dipuji-puji oleh pemilik mata-mata yang melihat.
Nurin: Jadi, tak boleh berinai langsung keee???
Ustazah: Hehehe... Boleh, sayang... Sekadar yang biasa-biasa saje, di hujung-hujung jari bagi perempuan.
Ezahd: Kami???
Ustazah: Haaa... Lelaki tak boleh!
Azri: Erkkk! Kenapa pulak ustazah? Tak boleh ke lelaki berinai???
Ustazah: Lelaki diharamkan berinai pada jari tangan dan kaki sebab...
Nurin: Kuma-kuma? Ape tu ustazah?
Ustazah: Kuma-kuma tu sejenis tumbuhan yang mengeluarkan warna dan bau harum. Sama macam daun inai kondisinya. Tentang bau harum kat sini, tak salah, sebab lelaki disunatkan memakai bau-bauan. Tapi dari segi warnanya tu yang tak dibolehkan. Tambahan pulak, lelaki berinai ni menyerupai wanita dalam berhias.
Azri: Owhhh... Jadi tak boleh lah kami nak berinai ye, ustazah?
Ustazah: Boleh.
Ezahd: Eh, boleh pulak??? Mana satu ni, ustazah?
Ustazah: Lelaki boleh berinai pada jari jemari atau mana-mana bahagian tubuh badan sekiranya untuk tujuan perubatan. Macam dulu-dulu, Rasulullah pernah menyarankan supaya orang yang pecah kulit kakinya supaya berinai. Ada juga yang menyarankan supaya pakai inai sebelum kulit hujung jari tu pecah.
Amalina: Oooo... Kalau tak sakit, tak boleh langsunglah kan lelaki berinai?
Ustazah: Ha'ah, diharamkan ke atas lelaki berinai tanpa tujuan, kecuali pada janggut dan rambut, berinai tu disunatkan.
Nurin: Kecuali warna hitam ye, ustazah?
Ustazah: Yup, kecuali warna hitam. Sebab inai hitam tu bila letak kat rambut, mesti tujuannya nak nampak lebih muda.
Ezahd: Jadi warna merah atau kuning boleh lah ye, ustazah?
Ustazah: Ha'ah... Tapi bila rambut tu da beruban la ye, Ezahd... Kalau tak beruban lagi, jangan buat-buat tua pulak~
Ezahd: Errr... Heheh... Baru nak gi inaikan rambut kaler perang... Tak jadi lah...
Azri: Ina tadi cam nak berinai ajeee...
Amalina: Biarlah, saya kan perempuan~
Ustazah: Untuk perempuan, masih ada hukum-hukum yang perlu dipatuhi dalam berinai.
Amalina: Ha? Ade lagi ke kak?
Ustazah: Hehehe... Ade...
Amalina: Errr... Jadi makruh la ye kalau Ina nak pakai untuk suka-suka saje. Huhuhu...
Ustazah: Aha... Tau pun, melainkan Ina memang amalkan untuk tujuan perubatan.
Nurin: Alhamdulillah, tak sakit pecah kulit macam tu...
Azri: Kalau sakit, haruslah pakai...
Ezahd: Alhamdulillah ustazah gitau, kalau tak, mesti da berinai da...
Ustazah: Alhamdulillah, jomlah kita gi kedai sana pulak.
Mereka melangkah ke kedai buku tidak jauh dari situ.
Mana yang boleh, mana yang tak boleh, walaupun remeh atau kecik, pun kena ambil perhatian. Bimbang kelak terbuat perkara yang diharamkan dan dilaknat oleh Allah s.w.t. Kalau was-was? Tinggalkan terus! Bila kita dah terbuat, istighfar dan pohonlah keampunan kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Menerima Taubat.

credit to Sunah Mohamad

Tuesday, June 14, 2011

Dapat Emel dari Maybank2u, apa perlu buat?


Semalam bangkit dari tidur untuk ke kuliah, saye menerima sekeping emel surat elektronik. Okeh Saye share untuk tatapan korang….
Emel dari Maybank2u@security.com.Yang melaporkan Server Banking Maybank di serang D-DOS Attack!!..Kesian betul sistem server sehebat Maybank2u pon diserang D-DOS….canggih betul Firewall Maybank..?
maybank-fake
Dan ini balasan saye untuk mereka….mungkin kamu juga akan lakukan benda yg sama kan? 

Inilah Dinamakan Phishing
Dari sedikit analysis yang saye lakukan. Hosting Website Phishing ini berada di domain: http://mailgate.hardide.com yang di directkan kepada IP: http://61.33.195.210
IP ini pula adalah berpusat di Seoul, Korea.
ip
Dari WHOIS juga saye dapat detect yg domain hadide.com juga sudah di locked. Bagaimana menggunakan subdomain masih lg menjadik tanda tanya?
Satu emel saye hantar kepada Security Maybank2u untuk melaporkan aktiviti Fishing terbaru ini, Pihak Maybank2u sememangya bertindak pantas dalam setengah jam sahaja akses IP tersebut sudah di Block. Saye tidak pasti mungkin sudah ramai menjadi mangsa dengan aktiviti phising terbaru ini. Saye harap tidak ada yang sempat menjadik mangsa.
Moral of the story
Perhatian yaa adik2 Polisi Maybank2u tidak akan sekali2 menghantar Emel kepada pelangganya, ini adalah salah satu teknik jenayah siber yang dipanggil “Phishing”.
Jika mengikut semua arahann emel tersebut:
1) Login ke Account Maybank, request TAC.
2) Logout, then ke salah satu domain yang diberikan (domain ini sebenarnya mengandungi website “Phishing” yang seakan2 Interface Maybank2u).
3) Jika anda login & memasukkan TAC, seperti yang diarahkan….maka dalam sekelip mata anda akan jatuh miskin..
Jangan sesekali terpengaruh dengan Email dari Maybank2u….

sumber http://www.apasaje.net

Saturday, June 11, 2011

Permintaan suri

kembali di arena yang bukan di mahiri
seperti semalam aku berdiri
dengan isi hati yang terpendam
lama ku tatapi
lukisan itu lagi
mungkinkah salahku
mewarnai dengan api cemburu
sedangkan aku
masih bersamaNya
apa yang dirisaukan
apa yang diperitkan
lirih yang berlagu sendu
tiada ubat menggetarkan jiwa
melainkan kalimahNya
sujudku bererti
mendambakan hak kebahagiaan
yang menyeliputi segenap inci
taman firdausi idaman sanubari
Dia yang mengetahui
hati yang terguris
dek kenangan yang menghantui
-
oh angin laut
kirimkan khabar gembira
agar aku dapat tahu
posisi sebenar mutiara itu
di dasar laut yang indah
agar aku dapat mengerti
kilauan itu bukan palsu
yang dirindui
yang diimpikan
dalam mimpian
-
fatamorgana sebuah harapan
yang berterbangan mencari hala tuju
pasti satu saat
aku akan merasai
dan akan memahami
andai kau DISARUNGI
CINCIN KEBAHAGIAAN DUNIAWI
yang kan membawa keikhlasan itu
ke syurga ukhrowi
-
saat itu
aku kan tenang
dengan semua kiasan
ditambah desiran angin yang melampau
membingitkan telinga
menyakitkan hempedu
-
aku wanita
punya hati nurani
yang tak bisa dibohongi
pabila cinta telah membutakan mata
cinta dalam lakaran jiwa
-
aku tidakkan menghulur
melukut tanpa erti
sehingga permintaan direalisasi
aku dan egoku
ego sang suri
...

Friday, June 10, 2011

Ada apa denganmu?

perlukah aku mengingatkan
supaya bumi tidak bahang kepanasan
dengan panas mentari yang sangat menyilau
dijawab seribu persoalan
dijawab semua keinginan
pergilah sayap harapan
jangan kau pulang bersama desiran angin
tak mahu lagi tercarik
dirobek dengan tiada kemanusiaan
kini jadi begini
jangan buaya diketawakan dek kebodohan
jangan kancil diperli-perlikan dek kemegahan kecerdikan
jangan ungkapkan satu pun dek pensel yang bertari gagah
di kanvas berkias tidak pernah lelah berdragmatik pantas
tidak peduli hakikat realiti atau fantasi
termaktub suratan Ilahi kemas jangan di tentangi
usah disanjungi
usah disamakan
usah dibezakan
usah diingati
usah diperhati
usah dihidukan
usah ditangisi apa yang bukan kau miliki
laungan berbisik buas mengancam sanubari
menyeliputi segenap urat hijau berisikan cecair merah
mengejutkan lena si lapar bersemangat amarah
selepas melihat darah memercik tak terkasih
dari pisau tajam tak bertulang tiada lembut
di kejar bayangnya sendiri di padang luas
andai diberi beribu pilihan
teruskan perjalanan menuju perhentian
takkan berhenti dek likuan menghiris lagi terhiris
kerana hanya maksud yang disembunyikan
yang terbit dari kalimah-kalimah majazi
dalam coretan tersembunyi kinayah kata
menghairankan sang manusia
mengutip lambaian pengertian
hanya meminta sedekah kasihan
serta tidak berperikemanusiaan
dalam diari berkias berfatamorgana
tiba hari bernilai
terbit suara hati tersimpan
di mana pelangi yang diimpikan
di mana warnanya yang menghiburkan
di mana sinarnya yang membahagiakan
di mana lukisannya yang dihadiahkan
oh matahari, mengapa kau bersinar selepas hujan?
menerbitkan biasan cahaya yang hanya sementara
dia manusia, memuja pelangi yang fana
mengapa?
ada apa dengan dia?
keluhan ini kedengaran
pernahkah kau cuba selami berada ditempatku
hidup dalam keheningan fajar senja
meniti saluran sungai yang berliku
mengisi keceriaan rumput bertaburan
sedangkan aku terus berperahu
tanpa erti susah dan pilu
kesemuanya tidak tergambar dek fikiran
hanya hilang ketika malam terdiam
namun masih sengsara
oleh jari-jarimu yang menghantuiku
dalam lakaran berkiaskan bintang
andai kau tahu
jantung ni hanya satu
berdegup dengan kalimahNya
dan akan deras bunyinya
sebelum lena panjang
aku
tidak mengharapkan
tidak melukut
tidak memekak
tidak membisu
tidak meneduh
tidak mengenggam
tidak melepaskan
apa yang kau lemparkan
dengan kata-kata berasaskan lafaz balaghah
tidakkan pulangkan kemarau panjang
kuserah bayang wajahmu pada desiran angin
bersama senandung kasih dan sayang
dalam rinai hujan yang merintik
pergilah camar putih
jangan kau lewati lagi...
jangan kau hampiri...

.

Monday, June 6, 2011

Manusia Yang Dikasihi Allah

saya ingin menjadi manusia dikasihi Allah...

Rasulullah S.A.W bersabda,

Maksudnya : " Manusia yang paling dikasihi oleh Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialahmenggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar.

Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid selama sebulan, dan sesiapa yang menahan marahnya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari kiamat,

dan sesiapa berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu sehinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari kiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu. "

Credit to nasir damanhour

Wednesday, June 1, 2011

Keputusan Penamaan Calon SPR??

Assalamualaikum WBT...

Setelah meneliti keputusan penamaan calon SPR, ana tertunduk sebab orang yang ana harapkan dia naik, tak ternaik2. Tapi nak buat cemane, I respect thier disicions coz result tu kan berdasarkan undian tertinggi rakyat PERMATA.

By the way, ana tidak melepaskan peluang untuk 'kempen' kan nama2 yang telah tersenarai supaya kebajikan anak2 buah PERMATA terbela ^_^

Adapun pilihan ana adalah seperti berikut :

Calon Presiden KESUKAAN : Ahmad Kailani Bin Zahari

Calon Timbalan Presiden KESUKAAN : Afifah Binti Azam

Calon AMT & ALT SISWA PILIHAN ana:

  1. Ahmad Kailani Bin Zahari
  2. Ahmad Syukran Bin Baharuddin
  3. Hafizulfaiz Bin Mohd Puad
  4. Shafiy Bin Zakaria
  5. Bukhari Bin Safian
  6. Muhammad Amirul Bin Razali

Calon AMT & ALT SISWI PILIHAN ana:

  1. Syarifah Nor Fathiah Binti Syed Mustapha
  2. Nurul Fathiah Liyana Binti Osman
  3. Karimah Binti Mohamad
  4. Maryam Binti Che Yusof Shauki
  5. Azimah Sumayah Binti Norzihan
  6. Noor Hidayah Binti Adzman

First of all, Congrats to all of you. Ingatlah, tidaklah Allah membebankan kamu sesuatu perkara melainkan atas kemampuan kamu... So, suara rakyat yang merasakan diri kamu layak ke pusingan terakhir adalah harapan yang menggunung tinggi bahawa kamu LAYAK untuk memikul tanggungjawab itu...Maka, yakinlah dan terimalah taklifan yang diberikan... Bittaufiq Wannajah...

Secondly, ana nak state kan lah beberapa sebab ana memilih nama2 tersebut...

  1. Batch MU diutamakan : senang skit ngan sama2 batch nak berurusan
  2. Non Partisan diutamakan : tidak nampak sangat memihak pada mana2 parti samada hijau atau biru takpun roket...hahaha
  3. Mengamalkan Equality : hak kesamarataan di antara batch tu ngan batch ni, parti tu ngan parti ni, umur lanjut tu ngan umur muda ni, akhowat ngan syabab, mutazawwij ngan bujang senang, org thiqoh ngan tak thiqoh, org merokok ngan tak merokok, ape2 lagi lah...
  4. Manis Senyuman : ni tok akhowat lah... yang slalu tegur2 ngan semua orang, yg tak sibuk kain orang banyak2, yang menjaga lidahnya, yang menjaga akhlaknya, yang sempoi2 and happening...suke sgt smbang ngan azimah, maryam and karimah... diorang sgt happening ^_^
  5. Tak SKEMA sangat : bukanlah ana kate kailani tu tak skema langsung, tapi sekurang2nya die tak sombong okey... dan lagi satu ana bukanlah menentang skema naik, tapi ana tak suke pemerintahan diktator... kene pakse datang program tu, program ni, pastu sape tak datang kne surat amaran tu lah surat penarikan keahlian ahli lah, kne bayor mahal2 lah... ana tak berapa suka orang yg sgt2 mjaga batas pergaulan. Bukanlah ana kata boleh bergaul bebas. tapi bolehlah komunikasi dengan cara yang baik cukuplah... ini dak, takleh cakap langsung...jage ihtilat la katakan. Yang terbaik adalah pembawaan sederhana, masih menjaga batas pergaulan tapi boleh berunding dgn baik dan tak mbeza2kan orang ni thiqoh leh ckp, org ni tak thiqoh, xleh ckp... abes tu mat rempit sape nk dakwah? lu pikir la sendiri~~
  6. Keperibadian dan pembawaan : ana ade skill tok bace2 org...haaaaaaaaa ye keee?? sikit2 ley lar... adepun ana ade gak memerhati cara jalan mereke2 ni, cara pertuturan dan cara mereka bergerak (bahasa tubuh), maka ana agak mendapati pilihan2 ana ni ade peratusan yang agak tinggi untuk menjadi pemimpin... Moh tengok satu Analisis ana : CARA JALAN DALAM BERKUMPULAN
  7. Berilah Peluang kepada Orang Baru : dulu ana tak reti bab2 kepimpinan tapi apabila diberi peluang, ana belajor sungguh2 bab persatuan sehingga ana mampu tubuhkan persatuan sendiri kat unisza dulu... padahal ana ZERO je awal2 dipilih menjadi Exco dalam bukan calang2 persatuan... jadi, berilah orang baru yang zero supaya ada bekalan time nak menempuhi alam kerja nanti....

Adapun, ini hanya pandangan ana untuk pilihan ana sendiri. Korang pun ada pilihan korang kan kan kan... So, terpulang pada penilaian anda sendiri. Ana memilih bukan dengan suka suki je, tapi dengan berpandukan pengalaman ana di Unisza dulu. dan ana juga memohon maaf secara terbuka kepada orang2 yang mengenali ana tapi ana tak mengenalinye. Lagi satu no 1 ngan no 3 tu macam ade ta'arud skit...hehe... sebolehnya ambil la yang tengah2... ^_^

Undian anda sangat penting memandangkan satu undi je boleh menjatuhkan dan menaikkan seseorang yang zalim atau yang baik.

KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA

.

Anak Melayu Pertama (lepasan pondok)

Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's),
MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi - is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.
.
Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.
Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

SUMBER:
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache%3A1ysmQLvTwYAJ%3Ams.wikipedia.org%2Fwiki%2FAfifi_al-

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..