Wednesday, December 21, 2011

Jagalah hati...

Kata Imam al-Ghazali:-
" Carilah hatimu ketika membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."
-
Qalbi...
Kualiti amalan ditentukan oleh kualiti hati. Jika hati kita baik maka amalan atau perbuatan yang dikerjakan itu akan menjadi baik..
-
Hati yang kering itu basahilah dengan zikrullah Hati yang koyak itu jahitilah dengan benang bacaan Al-Quran Hati yang keras itu lembutkanlah dengan madah dan tazkirah
-
Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a.:
-
"Empat hal yg menyebabkan hati menjadi gelap yaitu; Perut yg selalu kenyang, bergaul dengan orang yg zalim, melupakan dosa yg telah lalu serta angan angan yg melambung.
-
Sedangkan empat hal yg menyebabkan hati menjadi bercahaya adalah; perut yg lapar agar selalu waspada, bergaul dengan orang orang saleh,mengingat perbuatan dosa yg telah lalu,dan tidak berangan angan yg melambung''.
-
Ya Allah ...Kurniakan kepadaku hati yang bersih Hati yang lurus.. Dan Kau pelihara daripadaku hati yang terhijab (tertutup)

Tuesday, December 13, 2011

Oasis Of Seas

Assalamualaikum. Now, I present you 'The World Biggest Ship'. First expression when I see these pictures is amazed. I think this ship idealized by the structure of Titanic. I want to call it the Second Titanic Of Gigantic Ship or Titanic Shadow Of Histories. But then, the name of Oasis is more better than that, right? What kind of name I give it huh? Hahaha... Anyway, hope you all enjoy watching these pictures. ^_^

Pretty big,isn't?
¬Dinner Hall¬
¬5 Star Hotel¬
¬Pretty cool huh?¬

Wednesday, December 7, 2011

Mee Bandung Sizzling Mu'tah

Assalamualaikum wbt.
Ramai yang bertanya resepi mee bandung ana. Kata mereka, sedap sangat. Asal ada jamuan di rumah, mee bandung selalu menjadi pilihan untuk hidangan. Sebabnya, kurang kos dan mudah dari masakan yang lain ^_^
-
Kenapa dinamakan sizzling? Tanya seorang senior. Jawab ana : Sebab dimasak di dalam pot sizzling lah. Malah bawa dari Malaysia pot tu semata2 nk masak sizzling...hehe
-
Okeylah...resepinya begini :
-
1- Bawang besar (kalau ade bawang merah di mu'tah okey je, kalau xde, bawang besar sajalah)
2- Bawang putih
3- Cili kering (direbus terlebih dahulu dan di blanderkan)
4- Tomato
5- Lobak merah
6- Kobis
7- Ayam
8- Lada hitam
9- Kentang (di blander)
10- Telur
11- Mee halus (beli depan puskma-plastiknya berwarna biru cair bukan biru pekat atau hijau)
-
Cara-cara membuatnya adalah :
-
1-Masukkan air ke dalam periuk / pot sizzling. Airnya mestilah separuh dari periuk/pot. Panaskan
2- Masukkan bawang merah dan bawang putih serta lobak merah yang siap dipotong halus ke dalam periuk / pot.
3 - Masukkan daging @ ayam yang siap dipotong kecil ke dalam periuk/pot.
4- Masukkan cili kering dan kentang yang siap di blander ke dalam periuk / pot.
5- Lepas tu, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kalau ade hilal masukkan sikit. Kalau nak masukkan ajinamoto ganti hilal pun xpe. Tp jangan masukkan banyak2 sebab nanti bebal. -Ana lebih suka guna hilal sahaja
6- Masukkan lada hitam secukupnya. Masukkan sos tiram sedikit kalau mahu.
7- Masukkan kobis (dipotong petak).
8- Pukul telur di dalam mangkuk dan masukkan ke dalam periuk/pot semasa menggelegak.
9- Masukkan tomato yang dipotong 4 sambil kacau perlahan-lahan.
-
10- Sambil masak kuahnya, anda boleh guna dapur lagi sebelah untuk rebus mee. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan sedikit minyak untuk mengelakkan mee mudah melekat diantara satu sama lain.
-
11-Bawang goreng dan cili merah sebagai hiasan.
-
p/s : Kalau kat Malaysia, anda boleh gunakan udang /sotong /kerang sebagai pelengkap rasa. Kalau ada udang kering lebih sedap ~~
-
Itulah caranya....Selamat mencuba !

Thursday, December 1, 2011

Martabat Cinta...

Assalamualaikum... pernah sekali seorang murid bertanya gurunya: "Kenapa ada yang sanggup durhaka pada Penciptanya, sedangkan Penciptanya itu mengadakannya daripada tiada?" sebelum sempat sang guru menjawab, seorang murid yang berada di penjuru tiang mencelah: "tak kenal maka tak cinta." lantas semua murid ketawa.. agak lucu cara mencelahnya.. sang guru juga turut tersenyum.. kemudian diangkat tangannya mengisyaratkan agar si murid berhenti ketawa.. seketika kemudian suasana kembali hening.

tak lama kemudian sang guru berkata: "benar seperti katamu. Ia benar-benar berkait dengan martabat cinta.."

Aduhai.. martabat cinta la pulak.. kalau bab-bab cinta ni dia amat kurang arif. di tambah pula dah lama bermukim di pondok ini. kelibat wanita pun jarang ditemui di sini. inikan hendak berbicara soal cinta... getus si murid di dalam hati

"bayangkan.." guru menyambung madahnya.. "Andai seseorang mabuk bercinta, semua yang disuruh oleh kekasihnya, pasti akan dituruti semahunya. Apa yang dipinta, pasti akan dikabulkan semuanya. Apa yang ditegah, pasti akan dijauhi seazamnya. Yang penting, segalanya mesti selari dengan kehendak kekasihnya..."

"jika kasihnya tidak berbalas, dia sanggup tidur berbantal lengan berbumbung langit di luar rumahnya. hujan panas tidak dihiraukan lagi. begitu juga siang dan malam. semua itu tidak penting baginya.. yang paling penting, biar terucap dari mulut kekasihnya bahawa cintanya berbalas dan dia tidak bertepuk sebelah tangan. dan itulah kalimat teragung bagi dirinya" Jelas sang guru.

oh..begitu rupanya martabat cinta. jika luhur kasih kita padaNya, nescaya tiada kita mendurhaka sebarang suruhnya. erm.. Jika semua anggota badan yang diberikan Allah ini adalah untuk membuat taat dan beribadah, maka dia tak akan sekali-kali menggunakan anggota badan tersebut untuk berbuat maksiat.. agaknya itupun termasuk dalam martabat cinta...

"bahkan, kalau sudah benar-benar cinta meresap dalam jiwa, jika diminta untuk minum racun sekalipun, pasti tekak rela menelannya..." Sambung sang guru lagi.. "itulah martabat cinta teragung. Menyintai setulusnya. Merelai segalanya. Tidak kira susah atau payah, jika jiwa sudah menyinta, segala yang duka tetap dipandang suka.. walau pahit sekalipun ia tetap ditelan dengan gembira. asalkan yang ditelan itu sesuai dengan pintaNya.."

oh.. Patutlah ku lihat ramai yang bersusah payah mematuhi suruhan Agama. Bagi yang tua, langkah tetap di atur ke masjid, walaupun terpaksa bertongkat. bagi yang muda, rela meninggalkan hiburan walaupun itu zamannya.. bagi wanita, rela bertudung likup walaupun ramai yang mendedahkan rambut kerana kejelitaan katanya..

ku rasa mereka semuanya melakukan semua itu dengan rela, kerana rela itulah martabat cinta mereka...

Yang malu menyatakan cinta,kerana cintaku tak seberapa..

sumber : ustazshafiee

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..