Thursday, December 27, 2012

Could it be him

Could it be him
The trusted one
Believe from the bottom
First and ever
Please being guilty
The tragedy beyond this
Don't want turning back
And through the same situation
Fear and Scared
Just want to go and left
All the past
That hatching again
Again and again
The traumatic business
He still the same
After days
After weeks
After months
After years
Could it be him?

I am sure
you don't need to say it
Already broken
Not once
But always
Been the trade to see
The poem grow
For you to watch
Rather than later
So You can recognize
This is me
The author
Of the pearl canvas...

Could it be him...
Could it be him...

Lukluk Baido'

Friday, December 21, 2012

Seakan mahu...


Seakan mahu memanaskan
Tubuh yang mengigil kesejukan
Seakan mahu mengusap
Tangan yang menggeletar tidak henti
Seakan mahu memegang
Pipi yang pucat keputihan
Seakan mahu menutup
Mata yang merah kepenatan
Seakan mahu membelai
Wajah yang menguap kelesuan
Seakan mahu mengucup
Dahi yang luas terbuka

Seakan mahu...
Biar haba mendinginkan roma
Biar getaran tenang seketika
Biar kembali normal seperti biasa
Biar cukup rehat bertenaga
Biar aroma menusuk kalbu
Biar terurai semua resah di jiwa
Biar sampai kasih dan cinta

Seakan mahu...
Lepaskan lelah di bahu
Lepaskan apa yang terbuku
Lepaskan apa yang termampu
Lepaskan apa yang diingini
Lepaskan apa yang dihajati
Lepaskan apa yang terjadi
Lepaskan segala-galanya...

~Naluri manusia~

Lukluk Baido'

Wednesday, December 19, 2012

Tiada apa lagi untukmu


Tiada apa lagi untukmu
Bebaskanlah aku dari derita
Memang tiada serasi
Dalam tahun yang berlalu
Tidak cukupkah ujian sainsmu
atas diriku yang dieksperimenkan
Kau punya hidup
Aku juga punya hidup

Teruskan saja perjuangan palsumu
Aku tak mahu terus mengikut
Perjalanamu bakal ditemani
Pengganti yang lebih baik
Mengikut katamu semua
Mengikut rentakmu segala
mengikut gayamu sentiasa
katamu khadijah diganti aisyah

Al-Quran yang kau hafazi
Hadis yang kau pegangi
Syariah yang kau pelajari
Kau pamerkan dengan baik
Kau dendangkan beralunan
Kau syarahkan bermazhaban
Semestinya orang melihatmu
'GAH' di sana sini
Memegang bendera Islam
Dan aku bukan saingmu

Jadi imamlah kamu kepada sesiapa
Aku ingin mufaraqah dari penjara
Mengejar bahagiaku sendiri
Mendapat apa yang disediakan
Meneduh apa yang ternanti
Atas niat yang lebih diikhlasi
Atas sebab yang munasabah

Kering sudah air mata
Pulangnya nanti kan bertakung kembali
Datang lagi fobia yang tersembunyi
berlaku dan sentiasa
di depan mata berlagak layarnya
membuatku gila
gila dengan trauma menjadi
pengubah warna mutiara
dari putih ke hitam...

Lukluk Baido'

~Lukluk note : Jangan lupa untuk memfitnah lagi jika tidak ada iman dan islam di hati~

Thursday, December 13, 2012

Impian israr part 2

Kutekup wajahku ke bantal, menangis semahuku dan menjerit sekuat hatiku. Yang kutahu suaraku takkan kedengaran ditekup bantal. Dadaku sarat dengan bebanan yang terpikul. Aku jerit lagi... tekanan yang tak terungkap seakan menjerut leherku. Panas dan tak stabil. Mengapa??? Ahhhh??? Tragedi itu menganggu segenap inci fikiranku. Badanku menggeletar tiba2. Tak terdaya melawan perasaan takut yang mencengkam. Kesan yang tertinggal di tanganku masih lagi berdenyut2 walaupun sudah berbulan tragedi itu berlalu. Air mata berderai laju... pipi mulus sudah kemerahan menahan sendu.

Oh mentari, bilakah citra beransur pulang, pada harapan yang semakin menghilang...
oh sang bulan, bilakah bintang kan bersinar lagi, menabur janji yang menghiasi setiap malam...
oh bunga, mengapa semakin menguncup, tiba masanya kau menguntum senyum, mengapa berlagu begitu, suram dan tak bermaya...
Hakikatnya, pelangi tak lama memapar warna warninya....
Seingatku pohon melebarkan redupan memberi peluang tuk aku berteduh.
Tapi malangnya aku mula menyedari yang aku masih begini
Dalam igauan dengan mimpi ngeri semalam....

Dicipta dan tercipta indah

121212 tarikh yg mbuah kenangan baru.
Yang kutahu
Aku senyum
Aku gembira
Aku bahagia
Ianya hadiah bermakna
Walau bukan hakiki
Tapi bakal dimiliki
Aku akan kejar bahagiaku
Walau terjatuh termengaduh
Kan kutahu Dirimu disisiku
Daerah ini menjadi saksi
Terselindung semua bicara
Serlahnya nanti kan tiba
keindahan yang dicipta dan tercipta...

^MESKI PENDEK TAPI INDAH^

Wednesday, November 28, 2012

Mahu bahagia apa cara


Segar dgn lafaz yang tersimpan
Jauh menerobos duga hati yg lemah
Lolongan pantas dari pohon yg rendang
Terkisah lagi dimuluri cahaya
Hujan lebat kan berhenti
Berhias pelangi tampil tersenyum
Menyaksikan al-ard lebar terbentang
Pentas ini menyalakan babak
Lentera yg dibacakan menusuk
Lembut terbuai mimpi khayal
Lesu memikir derita tertanggung
Ke mana tujumu jika hilang
Ke mana perginya jika layu
Berdirilah tanpa silu
Tutup igau kuncinya
Mahu bahagia apa cara
Pimpin jiwa terima wahyu
Senjata doa kan tetap bersatu
Dan tetap aku tahu
Sentiasa Engkau di sisiku...

Lukluk Baido'
28 November 2012

Tuesday, November 20, 2012

Assalamualaikum pagi...


Asslamualaikum pagi...
tertunggu mentari membuka tirai,
senaman mata memandang keindahan,
garis-garis halus bilakah reda,
yang ternanti dan membuka bicara,
menatap pengertian yang tertulis,
mohon diperbetulkan segala yang ada,
dan syukur dipanjatkan kepada Esa,
atas 2 kurniaan islam dan iman,
bernafas baik sejuk di rasa,
gah lagi bernyawa,
meneruskan yang tersisa,
sembunyi duka nestapa,
serlah yang mana ceria,
pasti bahagia akhirnya,
pujukan sabar yang tak henti,
moga tenang dinihari,
lebarkan senyummu,
tutup yang semalam,
pandang ke hadapan,
Allah sentiasa ada,
bersama-sama memahami,
dalam sujud berteleku,
bersama sendu puas di alirkan...

Lukluk Baido'
20 November 2012

Saturday, November 17, 2012

Cerpen Khas : Impian Israr


Kicauan burung menceriakan suasana yang muram. Angin sepoi-sepoi menyapu lembut pipi Israr yang terleka menguis pepasir pantai. Pukulan ombak cuba membuai perasaan. Israr mengukir nama Jannah di atas lakaran pepasir di situ dengan hati hiba. Bagaimanapun, air laut menyapu ukiran itu. Seakan ingin memberi pengertian bahawa tiada lagi nama Jannah yang sepatutnya berada dalam hatinya.

Ya, Jannah sudah tiada...

Israr sayu tiba-tiba. Menyedari nama itu terpadam dari lakaran butiran pepasir. Kelopak mata tak tertanggung menakung air akhirnya jatuh ke pipi yang cekung itu.

Israr berdiri dan mula melangkah. Kakinya mula menjejak kesejukan air laut. Berdesir ombak kecil memukul kakinya yang melawan arus.

~Tolonglah laut... fahamilah aku...~

Air laut mula di paras betis tadi semakin lama menerima tamu itu. Kini sudah di paras pinggang. Air mata masih berderai di pipi. Hati Israr berkecamuk. Terlampau parah untuk diubati.

"Hey, cik! Jangan pergi terlalu dalam. Bahaya!", jerit seorang pemuda.

Tapi...

~Karya Mashitah Za~

Tuesday, November 6, 2012

Lagu Majnun


Di puncak bukit ku bina kubu
Beratapkan dedaun rimba
Melihat penjara kamarmu dari jauh
Bermulai air mata hancur luluh hatiku

Di puncak bukit kukenang semula
Hari kita mesra melakar nama
Saat pertama bibirku melontarkan namamu
Terpukau matamu gila kau buatku

Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila

Mereka ketawa melihat aku membawa diri ke sini
Namun malam ini saja yang dapat di erti
Kini cuma burung-burung mendengar laguku
Semua impian dan harapan terkubur

Bila ku kenang semula
Berita diterima teriak namanya
Hari tanganmu dijanjikan padaku
Pastinya semakin gila kau buatku

Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila

Apalah dosaku yang dimakan waktu
Di halangi dari mendampingimu
Hingga masa engkau hulurkan nyawa
Menyebut namaku dinafas terakhir

Hanya namamu nyanyian angin mnjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang, aku hilang akal
Sayangku Laila Laila Laila Laila

Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila
Biar terdampar ku tidur disebelahmu untuk sementara
Menanti bungaku bangun dari pusara

~Lukluk Baido'~

Friday, November 2, 2012

Harapan menjadi layu


Beberapa kali lagu ni dimainkan di corong radio hot fm. Pergi kerja, balik kerja, dalam sejam perjalanan, memang lagu ni akan dialunkan. Kalimat bintang memang memberi seribu satu erti dalam hidup. Ternyata episod malam telah berakhir. Senyumku tawar memerhatikan jam. Rencana hidup sudah berbeza. Meski kerja itu satu tempat yang melatih untuk senyum, tapi hati kurang senyum. Mimpi-mimpi semalam masih mengigau kepiluan. Yang tinggal episod penempah mutiara yang belum berakhir.

Temujanji perincian tersayang sudah dibuat. Fail sedutan cinta akan dibuka tak lama lagi. Kenyataan haq akan dibuat. Kes kasih akan disiasat. Bayaran mahar itu ini perlu dikeluarkan. Mahkamah akal bukan satu prosedur yang mudah!

Dalam masa ini, masih lagi jawapan yang sama. Jawapan hati tenang tetap sama di dalam bicara peguam jiwa. Hati-hati dalam segala yang bibir ungkap dalam rekod pita rakaman yang canggih. Kamera dikeluarkan bersama cap jari bintang yang terlekat di situ. Terus dimasukkan ke dalam plastik bersinar. Dua dari insan yang tersarung tangannya menggapai 'ia' dan membawanya pergi.

Memori kad itu punya tarikh, punya masa, punya seribu satu cerita... Tak cukup dengan itu, ia juga kenangan dan harapan yang menjadi layu... Tidak dilupakan dikorbankan telefon itu menjadi bukti indah bersama isi ancaman, herdikan, cacian dan makian yang terselindung di balik hijab labuh. Sedang si mutiara yang semakin kelam bersambut malam, menjadi hitam, dengan hati yang dulunya diam, tenang dengan istiharah semalam...

Puas memikir untuk melepaskan semua... tak lama. inilah cara membalas cinta. Saya enggan dan saya tak mahu dinodai cinta yang diberi seikhlasnya. Inilah cara membalas sayang. Demi dilukai tersayang... Di ambil kesempatan atas tangisan... Dan dipermainkan hati sesuka hati. Cukup semuanya, cukup sehingga ini. Fitnah dan pendustaan itu akan digendangkan dalam bicara haq... Asalkan diriku terus melangkah...

Lukluk Baido'
1 November 2012

Wednesday, October 31, 2012

Dialog Peguam Jiwa


Peguam Jiwa : Adakah ini keputusan muktamad anda?

Hati tenang : ya, ini keputusan muktamad saya.

Peguam Jiwa : Yang arif, anak guam saya, hati tenang telah memberi keputusan muktamadnya, izinkan saya menyoal pihak tertuduh, hati kacau.

Hakim cinta : Silakan.

Peguam jiwa : Hati kacau, adakah anda mengaku bersalah atas tuduhan percubaan membunuh hati tenang?

Hati kacau : Saya sama sekali tidak mengaku bersalah!

Peguam jiwa : Jadi, di mana bukti bahawa anda tidak berada dalam tempat kejadian sewaktu hati tenang menghadapi percubaan dibunuh?

Hati kacau : Saya tidak ada di tempat kejadian!

Peguam jiwa : Dimanakah anda ?

Hati kacau : Saya berada jauh. Saya tengok ja dia.

Hati tenang : Dia tipu Yang Arif...dia ada di sebelah saya

Hati kacau : Aaaiiii....bila masa??

Hakim Cinta : (sambil mengetuk meja) Sila hormat mahkamah!

Peguam jiwa : Hati kacau, di mana teman kamu iman dan islam saat kamu berada di samping jiwa tenang?

Hati kacau : Saya ditinggalkan mereka kerana dihasut orang ketiga masa saya sama ngan dia

Peguam jiwa : Siapa orang ketiga?

Hati kacau : Si bongkak nafsu lahhh

Peguam jiwa : Yang Arif, telah terbukti tertuduh berada di tempat kejadian tatkala beliau menjawab " masa saya sama ngan dia" dan juga telah dihasut si bongkak nafsu atas percubaan membunuh hati tenang. Selain itu, terdapat bukti dari Atid dan Ratid bahawa mereka telah bersubahat untuk membunuh hati tenang supaya dia sentiasa gelisah.

Hakim cinta : Berdasarkan bukti2 Ratid dan Atid, Mahkamah akal dengan ini memutuskan bahawa pihak tertuduh perlu membayar gantirugi kepada hati tenang dengan sejuta taubat dan sejuta keinsafan kepada Allah selama 40 hari 40 malam. Selain itu tertuduh perlu menjauhkan diri dari hati tenang selama-lamanya. Mahkamah bersurai...



Rekaan semata2 dari Lukluk Baido', tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia

~Peguam oh peguam jiwa~ :)

Tuesday, October 30, 2012

Saya enggan & saya tak mahu


Puisi berlanjutan
Limfa menjerit mengutus kerahan
Minta diterjah segala di pemikiran
NAH! sudah terbukti
saya kan pergi
membawa hati
tiada ruang maaf
untukmu

Siasat itu perlu
Dikaji itu sedang
Kenalpasti itu mesti
Bertahan itu perlahan
Serang itu strategi
Biar itu hancur

Mata kan tertutup
Akhirat menanti
Takkan berganti
Meski diwarisi
Pewaris lembut
Hanya padaku
Maaf dipinta

Tangisan darah
Suara serak
Bengkak mata
Mulut merekah
Tak ada siapa
Kan membantumu
Selain maafku
Dan maaf mereka
Yang kau khianati

Setiap zarah
Setiap zarah
Setiap zarah
akan ditimbang
sepertinya

Tak sekarang
Nanti tiba
waktu sesuai
Allah turunkan
tak padamu
keturunanmu
menanggung dosamu

Bukan doaku
Tapi AdilNya
Juga Dia Berkuasa
Penentu Azali
Pencipta semesta
Kan membalasnya...

Saya enggan
Saya tak mahu
kembali lalu
lorong itu
Duduk menangis
dihentam seribu
duka semalam

Nyanyian berkumandang
"matilah kau"
"...di dalam hatiku"

Kemudian lagi
"Lepaskanlah"
"Lepaskan semua"
"Tiada makna tuk bersama"

Berputar ligat
Sms bertandang
"Kumbang bukan seekor"

NAH! dia kumbang
masakan diriku mahukan binatang?
sebab itu diriku tak mahu
dan diriku juga enggan

Dari puisi
tersergah kinayah kata
dekorasi pendinding cuma
biar tersentap
kumbang itu binatang
bukan malaikat

Kasar kini
bicara tak henti
sms bertandang lagi
berbeza intonasi
"bersabarlah..."
memberi malu
kerna diamuk marah
dalam diam tunduk lagi
tewas kepada amarah

iman dan saya
terus berselisih jalan
mencari pengertian
dalam kejutan
likuan curam

Lukluk Baido'
30 Oktober 2012

Tuesday, October 23, 2012

Malam...

Demikianlah pemilik mutiara
Menyelindungkan resah di bait yang tersimpan
Menghirup udara nyaman
Melepaskan keluhan
kemudian seketika tenang...

"sayang banyak mana?"
"sayang sebanyak bintang di langit..."

Malam berlabuh
mempamerkan hiasan berkerlipan
keriangan cengkerik mula bersahutan
angin sepoi menyapa
menyipi lembut pipi
menghibur hati

terang si penyuluh
sang bulan yang satu itu
saparuh penuh
seakan dalam bingkaian
lukisan yang menakjubkan

suara kedengaran
zikir dialunkan
dalam sujud akhirku
membias gambaran
dua jalan

alhamdulillah atas kurniaan
setelah dinihari
disedari
malam tak panjang
begitu jua
kehidupan

Lukluk Baido'
23 Oktober 2012

Banyak benda yang bermain difikiran. Merenung bulan dan bintang memberikan satu gambaran bahawa sungguh indah ciptaan tuhan. Ditambahi dengan bunyi cengkerik membuatkan hati ini menjadi damai dan tenteram. Kenapa malam ini begitu indah? Monolog aku. Tanpaku sedari…

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

(Surah Ali-Imran ayat 190-194)

SubhanAllah! Aku mengambil surat pemberian Amsa pada petang tadi lalu ku buka untuk kali kedua. Aku meneliti maksud setiap perkataan dalam surat itu dan secara tiba-tiba mataku terpandang…

“ …. Aku cuba untuk memendamkannya tapi akhirnya aku tewas kerana aku tahu takdir tuhanku. Dosaku ibarat pasir di pantai dan umurku ibarat lilin yang dinyalakan api. Andai itu takdirnya aku bersyukur kerana aku tahu tuhan memberi apa yangku perlu dan bukan apa yang aku mahu” “Aku ingat janji tuhanku”

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati"

(Surah al-Mulk ayat 12-13)

Aku terus membaca surat itu lagi………

“ Aku seorang yang sukakan kebebasan. Dunia ini bagaikan syurga buat diriku. Aku leka dalam kenikmatan dunia tanpa aku sedari kebahagian yang hakiki hanyalah di syurga. Namun, keasyikanku hilang apabila aku bertemu dirinya. “

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui”

(Surah Al-Ankabut ayat 64)

“ Aku cuba mendekati dirinya namun usahaku gagal kerna aku menganggap aku dan dirinya ibarat langit dan bumi dan aku sedar siapa diriku.”

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji adalah buat wanita yang keji ( pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…”

(Surah Al Nur ayat 26)

“ …dan lalu aku ingin berubah menjadi baik kerana dia dan akhirnya aku lupa yang sebenarnya…………….”

Dari Amirul Mukminin Umar ibn Al-Khattab r.a. Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawasa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu”

“Tuhan berikan petunjuk-Mu. Tetapkan kesabaranku dalam mentaati-Mu. Jangan biarkan diri ku lalai dalam mengingati diri-Mu. Ya Rabb..”

“Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan pula jalan mereka yang sesat”

(Surah Al-Fatihah ayat 6-7)

“…dan aku tahu juga tuhanku itu perancangan terbaik buat diriku.. Aku pasrah dan redha. Aku tahu bukan dia yang menjadi keutamaan tapi hanya kepada tuhanku sahaja.”

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “ Jadilah! “Maka jadilah sesuatu itu”

(Surah Yassin ayat 82)

“…lalu aku pegang dengan janji tuhanku”

“Orang-orang beriman yang beriman dengan ayat-ayat kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri"

(Surah Sajadah ayat 15)

“Akhirnya aku tahu tuhan mahu menyucikan diriku dari segala dosa yang boleh melalaikanku kepada-Nya”

“Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman)”.

(Surah Al-Ala ayat 14)

“Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan surga Firdaus sebagai tempat tinggal”

(Surah Al-Kahf ayat 107)

Aku melipat kembali surat itu dan meletakkannya dalam Buku “ Aku hanyalah seorang Musafir”

Saturday, October 20, 2012

Pakaian lusuh


Pakaian ini punya corak
Tiap abstrak tersirna
Tersimpul tersurat dan tersirat
Dalam garisan yang terlukis
Bukan pencetus ketidaksenangan
Jauh lagi tuk membahanakan
Tapi mencuri hati si pemerhati
Untuk berjanji setia membeli
Pakaian ini...

Rindu pada jahitan
Bersama manik bersulaman
Dengan lakaran bunga merah
Terselit dedaunan kehijauan
Tapi pakaian ini telah lusuh
Kerna tak mahu gantian baru
Telah terkotor dek habuk semalam
Semalam dan semalam
Semalam dan hari ini
Dan esok yang akan dikotori lagi

Beritahu si pembeli
Pilihan kebahagiaan adalah dia
Kerna yang memilih tangannya
Kain yang memikat
Tuk 'puteri bandar penawar'
Nanti-nanti kan kecewa
Kerna esok tak pasti ada
Cuma...
Pakaian lusuh yang mana?
Perlu dibayar dengan harganya
Menjadi nilai pakaian yang terolah
Dipakai dengan hati riang
Puteri-puteri berdendang sayang

Oh pakaian lusuh
Malu ia tertunduk
Dengan habuk memutih
Tidak lena memikir
Apakah ianya dipilih
Apabila tempoh hayat berakhir

Sedih si kakak 'cahaya'
Memberi pinjam terang
Pada pakaian lusuh berubah usang
Menguis jeling sang pembeli
Dengan sedikit pancar cahaya
Menghias dengan redupan warna

Terima kasih diucap kias
Harap mengerti si kain lusuh
Tak mahu lagi meneduh
Di bawah terik 'cahaya'
Kerna malu yang menebal
Bantuan sinar juga tidak menolong
Hati si kain lusuh yang ditinggalkan
Dan dipandang fitnah sebagai
Kain buruk yang tak terpakai
Dilemparkan cacian dan makian

Berhenti harap si kain lusuh
Kainnya mula sedikit mengendur
Tercoret rasa kesal kecewa
Dialihkan dari dipaparkan
Prestasi kedai yang bertumpuan

Setelah lama ia di stor
Menilai nasib apakah yang kan datang
Sebelum ia dihantar pulang
Ke kilang yang ia datang
Menjadi kuli sebagai kain buruk
Atau diwarnai kembali dengan kilauan
atau jahitan bersulaman...

Lukluk Baido'
20/10/2012

Lukluk Blognote: SELALU berhenti di perjalanan kerana sakit terjatuh semalam. sehingga hari ini, luka belum sembuh. Fahamilah kak 'cahaya', kain lusuh tak mahu mengingat, saat diri dilempar ke lantai, menjadi pengelap kaki hina... :'(

Kerna syurga bukan tempat tuk org yg mengejar bintang, tapi tuk mengejar matlamat nyata...dengan niat KepadaNya...

Friday, October 19, 2012

Episod Wanita Penempah Mutiara

~bermula episod si wanita penempah sinar mutiara di hadapan mata~

termenguh di sekitar laluan ramai,
menagih suaranya didengari dan difahami,
lenggok bahasa dialun mengikut sang telinga,
menakuk kepercayaan yang berkemahuan,
kata minda kuat berbisik minta datangi,
diuntai melupuskan rasa ragu di hati,
mohon diserahkan pegangan kuat di bahuku,
duduk bersetuju yang terlihat di situ,
tandakan dirimu mengenal keuntungan,
walaupun tidak ku tahu asal usul yang dilanggan,
cuba lagi bila waktu mengizinkan,
berkefahaman tentang apa yang dihamparkan,
bukan sekadar memberi hukuman,
dan doa ditugaskan menjadi taklifan,
biar diturunkan langit hujan tanpa kotoran,
tersua untuk tadahan insan yang kekeringan,
seusai kelam yang tidak dikekali,
perit si wanita penempah mutiara mithali,
lurus mendongak tika ditikam berkali,
di belakang, di kiri kanan jua hadapan...

Lukluk Baido'
19 Oktober 2012

Lukluk's Note : Puisi ditinta tatkala bekerja eksekutif jualan

8 Things You Should Understand About Converts

1. A lot of things are running through our heads right now.

“And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient” (Qur’an, 2:155).

New converts to Islam have just made the biggest decision of their lives, and changed their religion to one that they are unfamiliar with in many ways. There are a lot of stimuli around us that we are not used to, being in the mosque, hanging out with Muslims, hearing foreign languages other than Spanish, etc. Often, new Muslims might look uncomfortable because they are not used to their surroundings. A big change has just occurred in the convert’s life, and each person will respond differently to these situations.

While we are learning the basics of Islam, either before or after our shahada (testimony of faith), we are constantly coming across new things that we’ve never heard of before. It takes a long time to be able to have a consistent foundation that’s strong enough to feel any amount of comfort in the religion. This process is similar to moving to a foreign country, not knowing the language, customs, or environment that surrounds us. We often have no idea about the origin of certain customs and whether they are from Islam or a person’s culture, and it takes time to be able to discern between the two.

2. Our family life is uncertain.

A man asked the Prophet ﷺ (peace be upon him): ‘What is the right of parents on their offspring?’ The Prophet ﷺ replied: “They are your Paradise and your Hell.” (Sunan Ibn Majah)

People who are born into Islam have the benefit of having a foundation with their parents and family. The Qur’an is on their bookshelf, Arabic words are mixed into conversation without needing definition, and there is an environment of tradition that provides a reference point for looking at the world. A convert is experiencing the total opposite. He or she doesn’t have any sort of religious connection with their family anymore, and there is sometimes backlash from parents and extended family about the decision to become a Muslim.

Even if there’s no significant backlash, there are no blood relatives to talk to about Islam, no one to clarify things, and no family support to be offered in the entire process. All of these things can cause an immense amount of stress and disillusionment. It’s common for converts to have moments of breakdown where they feel like nobody is on their side. For those who are lucky enough to have a close friend or mentor to help them in situations like this, it’s still not the same as having family help. Converts need an exceptionally good amount of emotional support from individuals in their community to feel empowered as Muslims. This doesn’t require a full-time therapist, but just people to make them feel at home.

3. Our friends are leaving us.

“A man follows the religion of his close friend, so each of you should be very careful about whom he takes as a close friend.” —The Prophet Muhammad ﷺ (Abu Dawud, Tirmidhi)

Friends are known for being brutally honest. When a convert tells his friends that he or she just became Muslim, they are going to receive a wide range of reactions. Even if their friends are supportive, they will still be really puzzled and they will ask a million questions that most born Muslims would have trouble answering. And while most converts don’t get a Ph.D. in Islamic Studies before becoming Muslim, they’re going to sometimes feel pushed into a corner when tested by their friends.

Their friends might stick around for a while, but chances are their habits are not always what a new Muslim wants to be around. After you deny a few invitations to go to parties, they might stop calling all together. Friends who seem to have abandoned you can cause a lot of depression and loneliness, and it will always take a while to replace a decent group of friends with a good group of Muslim friends.

4. We don’t know how to spend our free time.

“Whenever a Muslim is afflicted with a hardship, sickness, sadness, worry, harm, or depression –even a thorn’s prick, Allah expiates his sins because of it.” —The Prophet Muhammad ﷺ (Bukhari, Muslim)

After the distance is created with friends and family, it’s hard to fill free time or stay busy enough to not start feeling down sometimes. Converts will notice a gap in their schedules that was previously filled with something else like hanging out with friends, going to concerts, or partying. This is especially hard to cope with in a smaller city where there isn’t much else to do and not enough Muslims to spend time with.

In this situation, there might be a desire to go back to old habits to feel “normal” again, or there will be an urge to stay alone and away from other people. While Islam doesn’t allow monasticism or hedonism, this causes a problem for converts to Islam when it’s a minority religion in the society. Eventually the situation will get easier and there won’t be any problem in staying busy, but initially it can be very hard to stay positive.

5. We don’t know what to learn and who to learn from.

“Make things easier, do not make things more difficult, spread the glad tidings, do not hate.” —The Prophet Muhammad ﷺ (Bukhari)

Converts usually experience some trouble in the beginning with differences in fiqh (jurisprudence). Their background is usually from a religion with a narrower view of right or wrong. Often converts will think: “So do I raise my hands after bowing or not? Which one is right and which one is wrong?” The fact is there are many correct opinions regarding such issues in Islam. Converts will often find themselves in the dilemma of whether to take the easier opinion or the stronger one.

At the very best, this will cause only a small amount of confusion at first. Remember that converts don’t have a family to help form their opinions about these things, and they are getting information from all sides. A common decision converts will make is choosing between zabiha (ritually slaughtered) and non-zabiha meat. In reality it’s a fact that there is a difference of opinion among scholars regarding the meat of Ahl-al-Kitab (People of the Book, i.e. Jews and Christians), but converts can feel pressured to take one opinion over the other based on someone’s limited knowledge of the issue.

6. We don’t know when we’ll make another mistake.

“And whoever is patient and forgives – indeed that is of the matters [requiring] determination.” —The Holy Qur’an 42:43

Because they feel like they’re in a foreign country while in the mosque, a convert won’t know when someone will point out something they’re doing wrong. Often people come up to converts with a self-righteous attitude and give them harsh advice based on their own limited understanding. The convert is already dealing with differing opinions coming from every angle, and it’s very discouraging to have someone correct you in a harsh way.

The ideal way to correct a convert is the way of the Rasulullah ﷺ, with kindness and understanding. Remember all the sahaba (companions of the Prophet ﷺ) were converts and were constantly receiving guidance directly from the Messenger ﷺ. The sahaba didn’t feel chastised or discouraged when they were corrected, but uplifted. This is something that needs to be taken into deep consideration when advising a convert, who may be more sensitive to these things than a born-Muslim (who often needs just as much advice).

7. We don’t know what you actually think of us.

“Not one of you can believe if you do not want for your brother what you want for yourself.” —The Prophet Muhammad ﷺ (Bukhari)

A lot of converts will get a lot of praise and helpful words from fellow Muslims, but there is sometimes an animosity towards converts that should be something alien to our ummah (Muslim community)—it resembles a pre-Islamic attitude of racism. As a convert, there is often a feeling of inferiority because “I’m not Arab” or “I’m not desi” that can sometimes lead the convert to acting like they are from a culture they are not, and that has nothing to do with Islam. This is something that needs to be resisted by converts who might have the urge to wear Pakistani clothes to “fit-in” around Muslims because they feel so different.

Let converts retain their culture in ways that don’t contradict Islam. They need to feel empowered and uplifted as Muslims and not reduced to the lowest common denominator. Converts have a lot they can bring to the table, and to take that ability away from them is a crime. Salman al-Farsi, a Persian companion of the Prophet ﷺ, was the one to recommend the battle strategy in the Battle of the Trench against the Quraysh. Salman’s Arab brothers in Islam took his opinion and used it to win the battle. If Salman had had an inferiority complex because of his Persian heritage, he might not have offered his opinion. Remember to make your convert brothers and sisters feel like they are a valued part of our community that links us to the culture around us.

8. We might be second-guessing our decision.

“If someone does not show mercy to people, Allah will not show mercy to him.” —The Prophet Muhammad ﷺ (Bukhari, Muslim)

In the worst-case scenario, converts might feel so discouraged that they second-guess their decision to convert. With all the different problems that arise after conversion, there is a sense of desperation that can lead to apostasy. While some of it is unavoidable, there is much that our communities can do to help our converts feel welcomed and strong as Muslims. Most of it requires simple attitude changes like getting rid of the “back-home” mentality and having outrageous ideals that don’t reflect reality.

Research by Dr. Ilyas Ba-Yunus notes that 75% of American converts leave the religion after a few years. This is a tragedy that reflects the inability of American-Muslim communities to take care of their converts. With these statistics we should be asking ourselves: what can we do as individuals and as communities to help our convert brothers and sisters find comfort in Islam? This is a compassionate call to action for the born-Muslims to do what they can to understand, assist, and advise those who enter into Islam. Instead of alienation, we need to embrace with open arms.

By Alex Arrick

http://www.suhaibwebb.com/

Wednesday, October 17, 2012

Pembongkaran...

tajamnya kelukaan yang kau beri

Apabila pembongkaran ustaz mohd razis bin ismail dibuat melalui media fb dan blog...

terdetik sesuatu dalam hati...
bukan orang yg sma
bukan razis namanya
tp gelaran ustaz tu yg sama...
akan bermulanya paranoid
"aku tak mahu kawin ngan ostad..."
dunia akhir zaman...
kita kene kental
terutama wanita...
yg bergelar muslimah...
orang yang beragama islam...
lebih-lebih lagi
orang yang berpanjikan daie islam

mungkin kita tersilap
tapi bertaubatlah..
dengan baki waktu yang ada
sebelum ajal menjelma
jangan berlayar lagi
jika hipokrit masih di sisi
atau mungkin
aku kan buat seperti itu
menyebar wajahmu di serata
agar tiada yang terkena

peringatan ini keras
bukan sekadar lembut bicara
biar dirimu benar2 insaf
dan jangan kau cuba
menambahkan yang sedia ada
bukti sedang terkumpul
sehingga nanti pecah empangan
jika muslihatmu masih berpanjangan
ingatttt!
satu lagi kes didengariku
akan ku laksanakan...
apa yang ku katakan!

dan takkan kubiarkan
mereka yg suci kau gunakan
utk nafsu yang kau serakahkan
untuk puas yang kau dambakan
atas nama ustaz yang kau calarkan
dan agama yang kau rojakkan

kembalilah pada TUhan...
dengan penuh rasa berdosa
dengan maksiat yang terbuat
dengan lafaz Astagfirullah...
dengan Nasuha yang merindui
dengan hati yang bersih lagi dicuci
dengan iman dan islam yang kau pegangi...

ini wasiatku terakhir
kerna aku tak mahu lagi hadir
pada belangmu yang memukau
mabuk dengan madu palsu
yang kau suakan
pada diri yang lurus
pada diri yang lemah
pada diri yang menangis...
terduduk di persinggahan...

bodoh diriku
pernah mengenal kamu
suatu ketika dulu
tapi
tetap bagiku
terlukis pelangi
sebagai kenangan terindah...
saat aku mempercayaimu...

Lukluk Baido'
17 Oktober 2012

Tuesday, October 16, 2012

Demi hati yang terluka


Masa sempit sudah menyeliputi segenap inci,
Masih tetap sudi menghamba diri,
Pada Yang Esa yang sentiasa Memerhati,
Bermulanya perjalanan mukminah sejati...

Dalam bekerja perlu cepat,
Memahami fakta dengan tepat,
Tutur bicara biarlah cermat,
Pesanan senior mestilah ingat...

Pelan-pelan jika susah mengingat,
Tak semua orang sentiasa dapat,
Cubalah dengan segala keringat,
Teruskan usaha ke jalan selamat...

Sibukkan diri dengan bekerja,
Lupakan apa yang berlaku sebolehnya,
Meski parah keterlukaan dibuat dia,
Pastikan HIDUPKU tak tersia-sia...

Lukluk Baido'
16 Oktober 2012

TRY TO GUESS!

Try to guess in the first few frames what this is made from .......before you can see at the end!









Flip flops!!

seliparrr jeer

This is amazingly brilliant and artistic!

Bet you a cup of coffee that you will never be able to figure out how this was achieved.








3,604 cups of coffee which have been made into a giant Mona 
Lisa painting in Sydney , Australia .
The 
3,604 cups of coffee were each filled 
with different amounts of milk
to create the different tones and shades !

Monday, October 1, 2012

Suka untuk terus melangkah...

Bismillah.. andai hilang arah yang dicari, andai jemu suatu yang dinanti, andai pergi dia yang berada di sisi. mulakan dari hati,

andai hati mati, dunia nan luas tinggalnya hitam mata memandang. kuasa kegelapan kan menghalang pemikiran untuk berfungsi dengan waras, jalan yang bercabang menjadi satu arah yang menenggelamkan.

semalam aku datang dengan berlari, mengapa hari ini hanya berjalan dan terkadang hanya menanti? sedarlah, yang dikejar bukan hanya bayang-bayang sendiri. pasir takkan berjalan andai ombak tak membelah pantai.

hari ini aku menjadi saksi satu revolusi, mungkinkah ianya terjadi tanpa hadirnya sebuah pengorbanan? jangan hanya menanti, cuba untuk berjalan dan terus berlari mengejar arah yang dijanji.

menangislah andai kau terjatuh, kita hamba yang hanya mampu untuk meminta. andai kepahitan hari ini kau rasai, moga kemanisan esoknya yang akan dikongsi. "hiduplah dengan perjuangan, dan matilah untuk Islam".

credit to: nasir damanhour

Blog Note : *bersihkan kotoran di bajumu = buang sifat-sifat buruk (atau dosa-dosa) yang masih melekat pada dirimu.

asalkan diriku terus melangkah...

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..