Wednesday, September 5, 2012

Kaum Thamud dan 'Ad


Petra, Jordan




Angin Ribut Taufan Yg Melanda Sebilangan Negara Sekarang Ini: 
Apakah Ada Rahsia Tersembunyi Disebaliknya!


 *


Kejadian malapetaka dan musibah yg berlaku kebelakangan ini disebilangan Negara, termasuk Negara termaju didunia, diakibatkan oleh ribut taufan dan kebanjiran air hujan juga air laut, menyebabkan ramai bilangan nyawa manusia dan harta benda serta rumah kediaman hilang-terkorban dan musnah, kiranya mengingatkan kita tentang kisah kaum Thamud dan ‘Ad, apabila Allah s.w.t. menimpakan mereka dgn angin-ribut kencang yg amat dahshat, yg diikuti dgn suara ledakan kilat-petir yg gementar lagi menakutkan; dan betapa dahsyatnya malapetaka yg begitu menggerunkan tergambar apabila mereka itu semuanya binasa dan hilang-lenyap dari permukaan bumi, yg sebelumnya didiami dgn limpahan kemewahan, kegembiraan dan keseronokan.
Sejarah Petra, Jordan



Malapetaka yg diturunkan Allah keatas mereka itu adalah akibat sanggahan mereka terhadap kehadiran Nabi Solih dan Hud a.s., sbg Rasul yg membawa wahyu, yg memerintah agar mereka beriman kpd Allah al-Khaliq dan hari Akhirat, hari mana manusia akan diperhetong amal-usaha mereka lalu diberikan ganjaran, sbg mana dijanji dan dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Kejadian angin-ribut yg diistilahkan sbg Thunderbolt, Thunderstorm, Hurrican Katrina, Katsena, Isaac, Tsunami, Torpedo dan sebagainya adalah manifestasi atau tanda kekuasaam Allah jua, dan merupakan peringatan jelas kpd manusia bahawa hari Akhirat, bukan suatu mainan tapi sesungguhnya adalah sesuatu yg haq dan benar, yg pastinya tiba dgn suasana yg lebih hebat dan dahshat, atas kehendakNya jua.

Demikian kebesaran, keagongan dan kekuasaan Allah atas segalanya maka manusia harus insaf dan menyedari hakikat bahwa kehidupan didunia yg singkat ini, seharusnya tidak diuliti oleh sikap angkuh, bangga diri dan riak ilmu, amalan, harta kekayaan, kedudukan, kekuasaan dan darjat keturunan, hingga melalaikan Hari Akhirat, akan tetapi hendaknya sentiasa mensyukuri anugerah yg diberi lalu tunduk tawaddhu’-tadharru’, dan menyedari diri sekadar manusia kerdil hina, terjadi hanya dari tanah hitam berlumpur-debu, dgn akal-fikiran dan kepintaran tak setinggi mana; dan sesungguhnya Allah jua Yang Maha Besar, Maha Bijaksana lagi Maha Kuasa, yg seharusnya dipuji sepanjang masa, ditaati perintahNya; dijauhi laranganNya demi meraih rahmah dan keredhaanNya, yg kepadaNya jua kelak kita akan kembali!

Penulisan ringkas diatas tercatet ketika melihat kejadian ribut yg berlaku dibeberapa buah Negara, lalu tercetus-ilham merujuk kisah Thamud dan ‘Ad dari lipatan al-Qur’an melalui Surah al-Haaqqah berikut; dan mudah-mudahan dpt dimanfaatkan bagi peningkatan iman dan taqwa jua hendaknya.


بسم الله الرحمن الرحيم

"اَلحَاقَةُ. وَمَالحَاقَةُ. وَمَا اَدْركَ كَمَالحَاقَةُ. كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌ بِالقَارِعَةِ. فَأ مَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوْا بِالطَّاغِيَةِ. وَأمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوْا بِرِيْحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ. سَخَّرَهَا عَليْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى القَوْمَ فِيْهَا صَرْعَى كَأنَّهُمْ أعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ. فَهَلْ تَرَى لَهُمْ مِنْ بَاقِيَةٍ." - سورة الحاقة 69 : 1 – 8.

Mafhumnya:

“Hari Kiamat. Apakah Hari Kiamat itu? Dan tahukah kamu apa Hari Kiamat itu? Kaum Thamud dan ‘Ad telah mendustakan Hari Kiamat. Adapun kaum Thamud maka mereka telah dibinasakan dgn suara yg luar biasa. Adapun kaum ‘Ad maka mereka telah dibinasakan dgn angin yg amat dingin lagi kencang. Allah menimpakan angin itu kpd mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus-menerus; maka kamu lihat kaum ‘Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seperti batang-batang pohon kurma yg lopong (lapuk/kosong). Maka adakah kamu melihat seorang pun yg masih tinggal diantara mereka?”

Tafsiran:

الحاقة :: menurut bahasa bermakna “yg pasti terjadi”, Hari Kiamat dinamakan “al-haaqqah” kerana ia pasti terjadi.

القارعة : menurut bahasa bermakna “menggetarkan hati” Hari Kiamat dinamakan”al-qari’ah” kerana ia menggetarkan hati.

Yang dimaksudkan “kejadian luar biasa” ialah petir yg amat keras, yg menyebabkan suara yg mengguntur, yg dpt menghancurkan.

وبالله التوفيق و الهداية والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آ له وصحبه ومن والاه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

rashad:

10hb Syawal, 1433

29hb Ogos, 2012 
 
Puncak Gunung, Petra, Jordan



About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..