Tuesday, September 11, 2012

Paling sakit

Assalamualaikum...

Rajin da Lukluk Baido' meng-update blog. Almaklumlah tengah menganggur... Tak ada kerja, carilah kerja...

Hari ni 11 September 2012 bersamaan hari Selasa. Lukluk Baido' ade temujanji terhebat....haaa.... dengan siapa?? jeng jeng jeng...

Malas la nak gitaw, nanti korang gtau hubby Lukluk Baido'... Tapi nak gtaw gak la... temujanji hari ni dengan dua orang doc yg hensem lagi macho kejelitaannya...haa...curang yeee????

Tak la... My dating is with doctors okay...

Ye la.. tak kira la...curang la namanya tu...

Sorry sikit... I've appointment with my dental docs, please la korang. Utk kesihatan gigi Lukluk Baido' laaa...

OO0o0o...

Meh nak cite sikit. Setibanya di klinik Maheran (first2 ingatkan India, rupa2nya melayu la... nama isteri doc tu Maheran, dentist jugak), Jam menunjukkan 9.30 pagi... Terawal sikit c0z bosan dok rumah.. (padahal selalu lambat,org suh dtg kul 10, dtg pkul 12.45...hua3). So, Lukluk Baido' pun amik la buku2 kat situ tuk bace sementara tggu pembantu die nak open kaunter tu... Mula2 baca solusi, n then berpindah pula buku All About Money.

Baca punya baca tetibe Lukluk Baido' aada idea utk amik satu perenggan dalam buku tu tuk interview RhB Bank khamis ni...

Sambil2 tiu, terkumat-kamit dok ulang ayat tu nanti nak jawab interviewer senang.huhu... tapi cik adik comel ade kat sebelah dok usha lebih2 lak kat Lukluk Baido'. Apesal la si comel ni... tapi buat tak tau je la...sebab nnt die tgk gigi Lukluk Baido' mesti akan tanya "kat gigi akak tu ape" (selalu kene tanya camni bila jumpa budak2 comel dan tak comel...huhu...So, time tu, buat2 tak nampak si comel tu...

"Kamu boleh masuk", kata nurse tu yang tiba2 keluar dr bilik doc.

fuh...nasib baik masuk paling awal...

Masuk2 ade Dr Maheran,dua nurse dan ermmm sorang lelaki yang baru nampak hari ni. pada pengamatan Lukluk Baido', boleh la tahan... (marah kang hubby kite, jgn report tau...hahaha), mungkin praktikal kot... Dr maheran pun cek gigi Lukluk Baido', oh...yang ni yang buat kat Jordan tu kan.... Lukluk Baido' pun mengiyakan je la..

Dr Maheran pun panggillah "abah" - suami dia pakar braces.. So, "abah" pula gantikan sampai selesai buka braces. Tapi yang tak bestnya ape tau... Lelaki tadi dok usha gak gigi Lukluk Baido'. So, bertambahlah keyakinan Lukluk Baido' bahawa lelaki ni praktikal.. N then, Lukluk Baido' pun tanya kat "abah", ni doc praktikal ke...
"Abah" jawab...tak la.. ni doctor baru. Anak saya...

Disebabkan Lukluk Baido' seorang peramah, byk jugalah soal, tapi bukan dgn lelaki tu,dengan nurse2 la...

N then, barulah tau lelaki tersebut baru balik dari oversea, baru start kerja, baru lagi gantikan ayah die buat kerja kalau2 ayah die tak ada.

Tiba2 "abah" said like this - "Dr Kamil, You take over okay,"

Waduuhhh... Berdebar2 jantung Lukluk Baido'. Bukan sebab apa...Tapi disebabkan Lukluk Baido' tak suka doc kurang experience nak buat sesuatu kat gigi Lukluk Baido' nieyh... Mula lah tak sedap hati... Gigi ni paling penting tau di antara part2 lain kat diri... huhu

Lepas je Dr Kamil cucuk pelali di mulut Lukluk Baido', rasa drowsiness yg terlampau... tapi disebababkan doc ni kurang experience, I am a bit aware and try not to sleep. Tangan die menggeletar tau... Lepas doc kamil tu g sebelah, Lukluk baido' terus bgtaw nurse yg ade kat situ

"Boleh tak saya nak buat permintaan tukar dengan Dr Maheran. Saya tak biasalah dgn doc tu.", Nurse tu komplen ape tah...malas nak ambik port sebab kepala dah pusing dgn ubat pelali tadi...

So, Dr Maheran plak take over.. rase safe sikit gigi hahahahaha...Tapi sakitnya tak tau nak cakap walau dah buh ubat pelali, tapi still sakit lorrr....

Sebelum Lukluk Baido' keluar, ternampak Dr. Kamil keluar dari bilik sebelah dengan muke muram... So, Lukluk Baido' cakap dalam hati...so sorry la doc, bukan taknak you take over my teeth but I paid for the best treatment. Dah la ni klinik pakar yang swasta, kalau klinik kerajaan tak apalah..huhu...

Balik rumah dah setengah jam, pelali makin kurang, so, sakit mula naik mendadak... oh nooo.... terpaksalah tahan sakit sampai petang itupun kalau hilang...adoooiiiiiiii

Tapi tahukah anda, sakit apakah yang paling sakit sekali? Tak pasti samada anda tahu atau pun tak, sakit yang paling sakit sekali adalah kematian. Tak kira macam mana cara kematian itu datang, ia tetap menyakitkan. Hatta Nabi Muhammad S.A.W sendiri melalui kesakitan saat kematian baginda walaupun malaikat maut mencabut nyawa baginda dengan cara yang paling lembut dan halus. Jadi, bagaimana pula dengan kita nanti?

Sakit yang berada di tangga kedua ada dua mengikut kategori lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, sakit yang kedua sakit ialah sakit gigi manakala perempuan pula ialah bersalin/melahirkan anak. Sebab tu berbeza tu. Lelaki ada la pulak yang bersalin kan. Mengandung mungkin ada.

Sakit gigi ni la kan, memang sakit dia bukan setakat gigi saja tapi menular ke seluruh pelusuk badan tahu. Emosi tak stabil. Nak makan pun tak da selera. Orang bergurau sikit pun rasa nak cepuk je. Nak buat kerja pun tak da mood. Senang cerita semua benda tak kena la. Kan kan kan. Jadi, pesanan dari penaja, jagalah gigi anda sebaik-baiknya. Amalkan apabila bangun pagi, sebelum gosok gigi ke mandi ke apa ke, basuhlah muka dahulu dengan selawat sebanyak tiga kali. Insyaallah, sakit gigi boleh dielakkan.

Nah...ini doa yg diciplak dari munirahsalleh

رقية نبوية لعلاج وجع الضرس

Hadith al-Baihaqī, dari ‘AbduLlah bin Rawāhah mengadu kepada Nabi SAW bahawa giginya sakit, kemudian Rasullullah pun meletakkan tangannya yang mulia ke pipi Abdullah dan berdoa seperti dibawah ini sebanyak 7X:

اللهم أذْهِبْ عَنْهُ سُوْءَ ما يَجِدُ وفَحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِيْنِ الْمُباَرَكَ عِنْدَكَ

Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dia rasakan dengan permintaan NabiMu yang mempunyai pengaruh dan diberkati disisiMu.

Maka Allah menyembuhkan sakit giginya sebelum beliau berganjak pergi dari Rasulullah SAW.

Dalam riwayat yang lain Humaidi berkata suatu ketika Fatimah binti Muhammad SAW mengeluh sakit gigi, lalu Rasulullah SAW memasukkkan dan menempelkan tangan kanannya pada gigi yang sakit dan berdoa:

بسم الله وبالله أسأَلُكَ بِعِـزَّتِكَ وجلالك وقُدْرتك على كُلِّ شيءٍ فإن مَرْيَمَ لمَ ْتَلِدْ غَيْرَ عِيْسَى مِنْ رُوحِك وكلمتك أَنْ تَـكْشِفَ ما تَلْقَى فاطمةَ بِنْتَ خديجة مِنَ الضُّرِّ كُلِّهِ

Dengan nama Allah,demi Allah ku bermohon dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu dan kekuasaanMu atas segala sesuatu sesungguhnya Maryam tidak melahirkan selain Isa yang berasal dari ruhMu dan kalimatMu (firmanMu) aku memohon agar Engkau melenyapkan rasa sakit yang dirasai Fatimah binti Khadijah semuanya.

Kemudian lenyaplah sakit gigi Fatimah.

Lukluk Baido' note: Jagalah gigi anda... ^_^ (muka senyum tapi gigi tengah terokkk sakit..wuuaaa ....Jangan lupa banyakkan istighfar kerana bukankah sakit itu datang dari Allah juga untuk menghapus dosa2 kita...)

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..