Tuesday, September 25, 2012

Sahabat2 USIM yg dirindu

Usim's logo

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

20 September 2012 - 7.00 pagi





"Mak, Ita tertinggallah handset la. Tengah cas tadi...", Michi menepuk dahi.
"Laa...malas betul nak patah balik. Kalau mak, jalan ja...", mak mengerut dahi.
"Ala mak...nanti Ita nak contact mak macam mana. Dah la jalan jauh ni... mak kan nak tahu Ita ke mana, dengan siapa...", Michi perlahankan suaranya. Terkenang tragedi hilang dari pengetahuan mak dan ayah. Bila tahu anaknya berada di negeri Selatan, marahlah kedua2nya. Almaklumlah perempuan...

Mak pun patah balik dengan kereta Proton miliknya ke rumah....

----------------------------------------------

"Farah, lagi 15 minit Michi sampai Usim, nak ke mane yerk?", sms kukirim kepada Nurul Farahana, sahabat yang menyambung pengajian di USIM, sama2 pernah belajar di Unisza dahulu. Takut juga kalau terus telefon, menganggu pembelajaran Farah jika dia ada di dalam kelas sekarang.

Sementara itu kepalaku ligat berputar, terkenang bait2 cinta ukhuwah yang dikait bersama-sama 5 orang sahabat tercinta, Nurul Farahana, Nor Adzlina Adzlia, Nurhidayah, Siti Maisarah dan Noor Dyia Dyiana. Kenangan pahit manis semua kami rasai bersama-sama. Sampai kalau dibukukan boleh jadi seribu satu kisah yang takkan luput dalam kenangan.

3 tahun bersama di Unisza sehingga mengenggam segulung Diploma Pengajian Kontemporari Islam (Al-Quran & Al-Sunnah) sentiasa diingati seakan tak mahu dan tak dapat dipadam kerna memoir itu indah seindah matahari menyinari pagi, seindah bulan purnama mengambang pada malam hari...

Kemudian, apabila ingin menyambung pengajian lagi, kita mula renggang. Michi, Farah, Dayah, Didi dan Mai dapat menyambung pengajian di USIM manakala Lia dapat tawaran ke Unisza. Lia tidak meneruskan pengajian lantaran terpisah jauh dengan kami. Maka dia memilih untuk bekerja sebagai pembantu makmal.

Sedangkan kami berlima di USIM pun berbeza aliran, Mai dan Didi tetap menyambung pengajian dalam bidang Quran & Sunnah, Dayah pula Syariah dan Undang2, Farah menyambung Bahasa Arab dan komunikasi, sedangkan diriku memilih satu bidang yang amat diminati Quran & Multimedia. Atas alasan tidak dapat berenggang dengan IT, hanya dapat pilih kos ni. Kos komputer langsung tidak membenarkan bukan ahlinya untuk menyambung di bahagian itu menyebabkan Michi akur hanya Quran & Multimedia sahaja memberi peluang kepadanya untuk menyambung bahgian pengkomputeran.

Berhimpit dalam Kenari hehe ^_^ michi sorang dok seat sorang
Tapi disebabkan cinta itu buta, disebabkan ingin mendapatkan persamaan taraf, Michi padamkan minat dan cita2 dalam bidang quran & multimedia tadi dengan melanjutkan pelajaran ke Jordan dalam bidang syariah. Masa itu, masih teringat lagi post yang pernah ditintakan dalam blog ni http://luklukbaidoa.blogspot.com/2010/10/melangkah-ke-bumi-jordan.html.

Maka terpisahlah kami berenam dengan perbezaan kos, universiti, daerah, negara...

Kini, Michi sudah berumah tangga. Agak terkilan di hati sebab sahabat2 baik tidak dapat menghadiri kenduri perkahwinan disebabkan faktor pembelajaran, kewangan dan keselamatan. Walaupun sudah ditawarkan untuk kos kenderaan dan penginapan, mereka tidak dapat hadir juga. Namun, kali ini Michi berazam untuk jumpa mereka juga sementara masih punya waktu. Jika nanti mungkin waktu makin sempit dek kekangan kerja dan pengajian master.

Akhirnya tiba juga Michi di USIM. Terlayar wajah2 mereka di ingatan. Terlayar juga inilah tempat pertama berjumpa dengan seorang hamba Allah dari Johor bersama kakaknya dan ibunya. Terlayar juga sahabat QM yang ceria dan mesra. Juga Nur Muezzi sahabat yang dipertemukan tiba-tiba. Satu-satu tergambar dalam kotak pemikiran. Mutiara putih jatuh ke pipi... seakan mengerti begitu banyak yang dirasai, tak tergambar dek kata-kata.
Belanja makan Farah n Fana di sbuah restoran di Nilai
Pertama kali berjumpa dengan Farah, Michi menjerit kecil. Kemudian jumpa Dayah di PKP.  Kedua2 tak percaya Michi makin kurus sedangkan sangkaan mereka Michi makin berisi. Kami rancang berborak sehingga Ira datang bersama sahabat2 QM yg lain. Semuanya berkerumun membuat bulatan kecil d tengah2 laluan orang ramai. Lucu rasanya masa tu sebab tak terjangka akan bertemu semua dalam sekelip mata. Ingatkan sahabat2 QM nak jumpa esok, tapi terjumpa di sini, tak prepare lagi nak sembang apa menyebabkan Michi agak segan dan agak kekok pada mulanya. Tak idea la katakan... Mengejut sangat....huhu

bergambar bersama sahabat2 QM syukbah 3

Semua ada 10 orang sahabat Qm, dan semuanya bertanyakan mengapa Michi makin kurus dan ada baby tak lagi... Michi hanya mengulum senyum dan menjawab "InsyaAllah, doakan pintu rezeki terbuka". Borak2 sambil berdiri...huhu lucu sangat. tapi itulah jodoh pertemuan yang ditentukan Allah yang indah sangat...

bersama Husni

21 September 2012 - Jumaat

Michi membontoti Farah ke kampus USIM. Farah terus ke kelas, manakala Michi terus ke postgraduate untuk permohonan master secara manual. Pada mulanya pegawai di situ menyuruh isi online di komputer yang terdapat di situ, Tapi akhirnya pegawai tu memberikan borang dengan harga RM10 untuk diisi manual. Ada masalah teknikal bahagian mengisi online.

Keluar dari PTM, Michi mencari Dr Mustofa di bilik beliau, seorang pensyarah yang pernah mengajar di Univerisiti Mu'tah dahulu. Tapi tak berjumpa... Hampa ~~

Ira sudah selesai kelasnya mengajakku pulang ke kampus bersama Dayah. Pada mulanya ingin pulang ke Jati, tapi disebabkan Michi ingin berjumpa dengan Mai, Ira menghantarku ke Sri Indah. Dapatlah berjumpa dengan Mai dan Didie... Hahaha...kejap je jumpa, setengah jam kemudian, Michi ikut Mai ke kampus balik. Cari Dr Mustofa sehingga Farah pula habis kelas dan mengajakku pula pulang. Sempat ku berpesan pada Mai, esok kita janji pukul 9 pagi untuk ke rumah Lia.
Maisarah menunggu bersama Didi di Sri Indah
22 September 2012 - Sabtu

"Manalah kereta sewa ni. Baru bangkit tidoq pa", Farah sudah rimas menunggu.
"Tak t0w la Farah, dia lupa kot. Tak berangkat2 pun telefonnya. Dayah pun tak turun lagi nih"

TIba-tiba kelibat Dayah kelihatan. Haaa..baru sebut namanya dah nampak batang hidung. ^_^
Mai dan Didie juga sudah berulang kali telefon menyanyakan kami. Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi, barulah terlihat sosok kereta kancil mendekati pagar Jati. Haa...tu kowt...

Menunggu kereta sewa tak sampai2

Betullah yang diduga, itulah keretanya... 5 minit pertama berada dalam kereta, pemilik syarikat kereta sewa, Sabri namanya, dalam keadaan marah2. Disebabkan sudah terbiasa dengan emosi tak stabil lelaki, Michi pun mula menukar topik bualan dengan bertanyakan perniagaannya. Rupanya Sabri seorang yang menguruskan syarikat kereta sewa. Dia merupakan pelajar tahun lima USIM dalam bidang FIZIK tapi terpaksa extend untuk menyara adik2 di kampung. Apabila ditanya mengapa sorang2 jalankan perniagaan, dia menjawab kawan2 yang lain tidak memberikan untung, malah merugikan apabila kawan2nya malas dan ambil perniagaan sebagai satu medium yang tidak perlu diendahkan sangat.

Start menyewa kereta

Mendengarkan penjelasan yang panjang lebar dari Sabri membuat kami kasihan padanya (maybe Michi sorang huhu...tapi Dayah dan Farah seakan sama perasaan ngan Michi). 10 minit pebualan membuatkan Sabri lupa pada marahnya tadi. 10 minit sampai ke rumah Sabri. Sabri meminta tunggu sebentar untuk dia keluarkan kereta Kenarinya. Terdapat banyak kereta kancil lain di hadapan rumahnya tapi Michi memilih untuk menyewa kereta kenari disebabkan automatik ^_^

Jam menunjukkan 10.05 pagi. Michi bergegas membawa kereta tersebut ke stesen minyak untuk mengisi minyak dan mengambil Mai dan juga Didie di Sri Indah yang tak jauh dari situ. Mulanya kami ke banting untuk berjumpa dengan Umaimah, kemudian barulah bertolak ke Gemas. Dalam perjalanan, singgah sebentar di Bahau, rumah Didie untuk menunaikan solat jama'.

Eim
Agak tersesat jugalah beberapa jam, akhirnya sampai ke rumah Lia 3 petang. Lamanya sesat...huhu... Lia makin kurus pada penglihatanku. Lia juga berpendapat bahawa Michi juga makin kurus. Laksa yang pekat kuahnya terus dinikmati beberapa kali tambah. Sedapnya...









Hidayah 





Lia & Dayah
Kemudian kami ke rumah Dayah di Felda Jelai. Di situlah Michi mengisahkan kehidupan michi pada mereka.  Mereka mendengar dengan khusyuk dan mereka mula faham kondisi Michi. Lia yang sudah melalui apa yang pernah terjadi memberikan sedikit penjelasan dan nasihat manakala yang lainnya sama2 berkata " tak apa michi, ada hikmahnya...", ayat tu sedikit sebanyak memberi kekuatan pada Michi. Apa yang akan berlaku nanti semuanya rahsia Allah. Berdoa padanya dan jangan putus harap.

Didi membelek nugget di rumah Dayah ^_^"







Tak sedar hari sudah menginjak petang, kami mula bergegas untuk bersiap2 pulang ke USIm, balik tu singgah lagi di banting rumah nadwa pula untuk michi ambil sijil degree dan transkrip akademik.

Beraya bersama Nadwa

Nadwa, Farah n Me in Mu'tah
Inilah kali pertama Michi bawa 140km sejam kerana mengejar masa tuk pulang ke Sri indah sebelum jam 12 malam menghantar Didie dan Mai. Nasib baik tak banyak kereta. Inilah kali pertama juga Michi belanja banyak tuk sahabat2 yang dicintai. Tapi kalian berkeras nak bayar separuh. Michi da cakap Michi tak kesah pasal duit tuk orang yg Michi betul2 sayang. Terima kasih yang memaksa nak bayar gak separuh kepada Michi - Farah n Mai (Orang kaya baru). hehe...


Kenangan bersama sangat2 dihargai sahabat2. Kenangan terindah buat kita....Kenangan yang pasti terukir sebagai kenangan yang paling-paling tak dapat dilupakan... ~ ^_^ ~

Terima kasih sahabat kerana hadir di dalam hidupku. Terima kasih menerima diriku seadanya. Walaupun adakalanya ku tersasar, kalian tetap berada disampingku. Kalianlah sahabat, kalian juga isteri2ku...hehe..tersilap... buah hati... hehe.. Apapun hanya terima kasih dapat diungkapkan untuk kalian. Terima kasih menjadi penguat semangat, menjadi pembimbing, menjadi telinga, menjadi duri berpengajaran, menjadi cincin kesaktian untukku terus berdiri, untukku terus gagah dan kuat mengharungi mehnah dan tribulasi sebuah perjalanan menuju syurga abadi...

kenangan unisza 2007-2010
Terima kasih Allah memberi sahabat2 buat diriku... Alhamdulillah wa syukrillah... ^_^

Sajak yang pernah dideklamasi untuk sahabat

~Lukluk Baido'~




About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..