Wednesday, October 31, 2012

Dialog Peguam Jiwa


Peguam Jiwa : Adakah ini keputusan muktamad anda?

Hati tenang : ya, ini keputusan muktamad saya.

Peguam Jiwa : Yang arif, anak guam saya, hati tenang telah memberi keputusan muktamadnya, izinkan saya menyoal pihak tertuduh, hati kacau.

Hakim cinta : Silakan.

Peguam jiwa : Hati kacau, adakah anda mengaku bersalah atas tuduhan percubaan membunuh hati tenang?

Hati kacau : Saya sama sekali tidak mengaku bersalah!

Peguam jiwa : Jadi, di mana bukti bahawa anda tidak berada dalam tempat kejadian sewaktu hati tenang menghadapi percubaan dibunuh?

Hati kacau : Saya tidak ada di tempat kejadian!

Peguam jiwa : Dimanakah anda ?

Hati kacau : Saya berada jauh. Saya tengok ja dia.

Hati tenang : Dia tipu Yang Arif...dia ada di sebelah saya

Hati kacau : Aaaiiii....bila masa??

Hakim Cinta : (sambil mengetuk meja) Sila hormat mahkamah!

Peguam jiwa : Hati kacau, di mana teman kamu iman dan islam saat kamu berada di samping jiwa tenang?

Hati kacau : Saya ditinggalkan mereka kerana dihasut orang ketiga masa saya sama ngan dia

Peguam jiwa : Siapa orang ketiga?

Hati kacau : Si bongkak nafsu lahhh

Peguam jiwa : Yang Arif, telah terbukti tertuduh berada di tempat kejadian tatkala beliau menjawab " masa saya sama ngan dia" dan juga telah dihasut si bongkak nafsu atas percubaan membunuh hati tenang. Selain itu, terdapat bukti dari Atid dan Ratid bahawa mereka telah bersubahat untuk membunuh hati tenang supaya dia sentiasa gelisah.

Hakim cinta : Berdasarkan bukti2 Ratid dan Atid, Mahkamah akal dengan ini memutuskan bahawa pihak tertuduh perlu membayar gantirugi kepada hati tenang dengan sejuta taubat dan sejuta keinsafan kepada Allah selama 40 hari 40 malam. Selain itu tertuduh perlu menjauhkan diri dari hati tenang selama-lamanya. Mahkamah bersurai...



Rekaan semata2 dari Lukluk Baido', tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia

~Peguam oh peguam jiwa~ :)

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..