Friday, December 21, 2012

Seakan mahu...


Seakan mahu memanaskan
Tubuh yang mengigil kesejukan
Seakan mahu mengusap
Tangan yang menggeletar tidak henti
Seakan mahu memegang
Pipi yang pucat keputihan
Seakan mahu menutup
Mata yang merah kepenatan
Seakan mahu membelai
Wajah yang menguap kelesuan
Seakan mahu mengucup
Dahi yang luas terbuka

Seakan mahu...
Biar haba mendinginkan roma
Biar getaran tenang seketika
Biar kembali normal seperti biasa
Biar cukup rehat bertenaga
Biar aroma menusuk kalbu
Biar terurai semua resah di jiwa
Biar sampai kasih dan cinta

Seakan mahu...
Lepaskan lelah di bahu
Lepaskan apa yang terbuku
Lepaskan apa yang termampu
Lepaskan apa yang diingini
Lepaskan apa yang dihajati
Lepaskan apa yang terjadi
Lepaskan segala-galanya...

~Naluri manusia~

Lukluk Baido'

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..