Wednesday, December 19, 2012

Tiada apa lagi untukmu


Tiada apa lagi untukmu
Bebaskanlah aku dari derita
Memang tiada serasi
Dalam tahun yang berlalu
Tidak cukupkah ujian sainsmu
atas diriku yang dieksperimenkan
Kau punya hidup
Aku juga punya hidup

Teruskan saja perjuangan palsumu
Aku tak mahu terus mengikut
Perjalanamu bakal ditemani
Pengganti yang lebih baik
Mengikut katamu semua
Mengikut rentakmu segala
mengikut gayamu sentiasa
katamu khadijah diganti aisyah

Al-Quran yang kau hafazi
Hadis yang kau pegangi
Syariah yang kau pelajari
Kau pamerkan dengan baik
Kau dendangkan beralunan
Kau syarahkan bermazhaban
Semestinya orang melihatmu
'GAH' di sana sini
Memegang bendera Islam
Dan aku bukan saingmu

Jadi imamlah kamu kepada sesiapa
Aku ingin mufaraqah dari penjara
Mengejar bahagiaku sendiri
Mendapat apa yang disediakan
Meneduh apa yang ternanti
Atas niat yang lebih diikhlasi
Atas sebab yang munasabah

Kering sudah air mata
Pulangnya nanti kan bertakung kembali
Datang lagi fobia yang tersembunyi
berlaku dan sentiasa
di depan mata berlagak layarnya
membuatku gila
gila dengan trauma menjadi
pengubah warna mutiara
dari putih ke hitam...

Lukluk Baido'

~Lukluk note : Jangan lupa untuk memfitnah lagi jika tidak ada iman dan islam di hati~

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..