Wednesday, November 28, 2012

Mahu bahagia apa cara


Segar dgn lafaz yang tersimpan
Jauh menerobos duga hati yg lemah
Lolongan pantas dari pohon yg rendang
Terkisah lagi dimuluri cahaya
Hujan lebat kan berhenti
Berhias pelangi tampil tersenyum
Menyaksikan al-ard lebar terbentang
Pentas ini menyalakan babak
Lentera yg dibacakan menusuk
Lembut terbuai mimpi khayal
Lesu memikir derita tertanggung
Ke mana tujumu jika hilang
Ke mana perginya jika layu
Berdirilah tanpa silu
Tutup igau kuncinya
Mahu bahagia apa cara
Pimpin jiwa terima wahyu
Senjata doa kan tetap bersatu
Dan tetap aku tahu
Sentiasa Engkau di sisiku...

Lukluk Baido'
28 November 2012

Tuesday, November 20, 2012

Assalamualaikum pagi...


Asslamualaikum pagi...
tertunggu mentari membuka tirai,
senaman mata memandang keindahan,
garis-garis halus bilakah reda,
yang ternanti dan membuka bicara,
menatap pengertian yang tertulis,
mohon diperbetulkan segala yang ada,
dan syukur dipanjatkan kepada Esa,
atas 2 kurniaan islam dan iman,
bernafas baik sejuk di rasa,
gah lagi bernyawa,
meneruskan yang tersisa,
sembunyi duka nestapa,
serlah yang mana ceria,
pasti bahagia akhirnya,
pujukan sabar yang tak henti,
moga tenang dinihari,
lebarkan senyummu,
tutup yang semalam,
pandang ke hadapan,
Allah sentiasa ada,
bersama-sama memahami,
dalam sujud berteleku,
bersama sendu puas di alirkan...

Lukluk Baido'
20 November 2012

Saturday, November 17, 2012

Cerpen Khas : Impian Israr


Kicauan burung menceriakan suasana yang muram. Angin sepoi-sepoi menyapu lembut pipi Israr yang terleka menguis pepasir pantai. Pukulan ombak cuba membuai perasaan. Israr mengukir nama Jannah di atas lakaran pepasir di situ dengan hati hiba. Bagaimanapun, air laut menyapu ukiran itu. Seakan ingin memberi pengertian bahawa tiada lagi nama Jannah yang sepatutnya berada dalam hatinya.

Ya, Jannah sudah tiada...

Israr sayu tiba-tiba. Menyedari nama itu terpadam dari lakaran butiran pepasir. Kelopak mata tak tertanggung menakung air akhirnya jatuh ke pipi yang cekung itu.

Israr berdiri dan mula melangkah. Kakinya mula menjejak kesejukan air laut. Berdesir ombak kecil memukul kakinya yang melawan arus.

~Tolonglah laut... fahamilah aku...~

Air laut mula di paras betis tadi semakin lama menerima tamu itu. Kini sudah di paras pinggang. Air mata masih berderai di pipi. Hati Israr berkecamuk. Terlampau parah untuk diubati.

"Hey, cik! Jangan pergi terlalu dalam. Bahaya!", jerit seorang pemuda.

Tapi...

~Karya Mashitah Za~

Tuesday, November 6, 2012

Lagu Majnun


Di puncak bukit ku bina kubu
Beratapkan dedaun rimba
Melihat penjara kamarmu dari jauh
Bermulai air mata hancur luluh hatiku

Di puncak bukit kukenang semula
Hari kita mesra melakar nama
Saat pertama bibirku melontarkan namamu
Terpukau matamu gila kau buatku

Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila

Mereka ketawa melihat aku membawa diri ke sini
Namun malam ini saja yang dapat di erti
Kini cuma burung-burung mendengar laguku
Semua impian dan harapan terkubur

Bila ku kenang semula
Berita diterima teriak namanya
Hari tanganmu dijanjikan padaku
Pastinya semakin gila kau buatku

Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila

Apalah dosaku yang dimakan waktu
Di halangi dari mendampingimu
Hingga masa engkau hulurkan nyawa
Menyebut namaku dinafas terakhir

Hanya namamu nyanyian angin mnjadi udara
Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
Kerana kamu aku hilang, aku hilang akal
Sayangku Laila Laila Laila Laila

Kerana kamu aku hilang
Aku hilang akal terjadi gila, gila
Biar terdampar ku tidur disebelahmu untuk sementara
Menanti bungaku bangun dari pusara

~Lukluk Baido'~

Friday, November 2, 2012

Harapan menjadi layu


Beberapa kali lagu ni dimainkan di corong radio hot fm. Pergi kerja, balik kerja, dalam sejam perjalanan, memang lagu ni akan dialunkan. Kalimat bintang memang memberi seribu satu erti dalam hidup. Ternyata episod malam telah berakhir. Senyumku tawar memerhatikan jam. Rencana hidup sudah berbeza. Meski kerja itu satu tempat yang melatih untuk senyum, tapi hati kurang senyum. Mimpi-mimpi semalam masih mengigau kepiluan. Yang tinggal episod penempah mutiara yang belum berakhir.

Temujanji perincian tersayang sudah dibuat. Fail sedutan cinta akan dibuka tak lama lagi. Kenyataan haq akan dibuat. Kes kasih akan disiasat. Bayaran mahar itu ini perlu dikeluarkan. Mahkamah akal bukan satu prosedur yang mudah!

Dalam masa ini, masih lagi jawapan yang sama. Jawapan hati tenang tetap sama di dalam bicara peguam jiwa. Hati-hati dalam segala yang bibir ungkap dalam rekod pita rakaman yang canggih. Kamera dikeluarkan bersama cap jari bintang yang terlekat di situ. Terus dimasukkan ke dalam plastik bersinar. Dua dari insan yang tersarung tangannya menggapai 'ia' dan membawanya pergi.

Memori kad itu punya tarikh, punya masa, punya seribu satu cerita... Tak cukup dengan itu, ia juga kenangan dan harapan yang menjadi layu... Tidak dilupakan dikorbankan telefon itu menjadi bukti indah bersama isi ancaman, herdikan, cacian dan makian yang terselindung di balik hijab labuh. Sedang si mutiara yang semakin kelam bersambut malam, menjadi hitam, dengan hati yang dulunya diam, tenang dengan istiharah semalam...

Puas memikir untuk melepaskan semua... tak lama. inilah cara membalas cinta. Saya enggan dan saya tak mahu dinodai cinta yang diberi seikhlasnya. Inilah cara membalas sayang. Demi dilukai tersayang... Di ambil kesempatan atas tangisan... Dan dipermainkan hati sesuka hati. Cukup semuanya, cukup sehingga ini. Fitnah dan pendustaan itu akan digendangkan dalam bicara haq... Asalkan diriku terus melangkah...

Lukluk Baido'
1 November 2012

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..