Friday, January 4, 2013

HAKIKAT MUFLIS MENGIKUT ISLAM!


Muflis mengikut istilah bahasa bermakna tidak mampu lansung membayar hutang atau dikenali sbg bangkrap, dan perkataan ini berasal dari perkataan bahasa Arab, menurut kamusnya menyebut المفلس: الذي خسر ماله كله [Muflis: seorang yg kehilangan kesemua hartanya], dan didalam bahasa Inggeris pula disebut “bankrupt” membawa makna “one who breaks and fails in business; an insolvent person”.

Kalimah “Muflis” merupakan istilah yg digeruni utk dimiliki kerana ia menjejaskan integriti yg menyebabkan seseorang itu akan menanggung malu, dan langkah-geraknya dlm kehidupan kekakuan, dan tidak selancar sbg mana seharusnya; begitulah kiranya gambaran yg lazim terlihat apabila seseorang itu dijatuhi hukuman kebangkrapan oleh Mahkamah; dan sekiranya “Muflis” dimuka bumi begitu menakutkan, apakah ada “Muflis” di Akhirat, dan bagaimana pula gambarannya?

Dari sudut Islam, seseorang yg dirujuk sbg Muflis ialah seorang yg kerugian sebesar-besar kerugian ketika tiba hari Kiamat kelak disebabkan pahala yg dimiliki hasil amalan baik dari melakukan solat, puasa, zakat, usaha-kebajikan dan sebagainya, terhakis dan dihakisi oleh perbuatan-perbuatan buruk yg melukai dan menyakiti hati orang lain.

Perbuatan, sikap dan tindak-laku buruk yg melukai dan menyakiti orang lain itu antaranya ialah mencaci-cela, membuat tuduhan melulu, memfitnah, mengaib, menghina, mencedera, memukul dan sebagainya, dalam ertikata lain ia melakukan perbuatan mengikut acuan penganiayaan dan kezaliman.

Firman Allah; "ويل لكل همزة لمزة" [Mfhm: “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela”] – 104/1.

Kezaliman dan penganiayaan hingga menyakiti orang lain itu, akan ditebus-bayar kelak dgn pahala kebaikan yg dimilikinya, dan apabila pahala kebaikan yg dimiliki itu kehabisan maka dosa yg dipunyai oleh orang-orang yg dianiayai itu akan dibebankan kebahu diri orang yg melakukan penganiaayaan tadi sbg tebus-bayar, yg mengakibatkan pahala amalannya lupus sama sekali, lalu benar-benar ia menjadi seorang yg muflis atau bangkrap, yg penghujung jalannya ialah api neraka yg dicampakkan kedalamnya kelak.

(58/2580) – شرح صحيح مسلم

"حدثنا قتيبة بن سعيد و علي بن حجر. قالا : حدثنا اسماعيل (وهو ابن جعفر) عن العلاْء عن أبيه، عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "أتدرون ماالمفلس؟" قالوا: المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع. فقال: "إن وهذا من حسناته. فإن فنيت حسناته، قبل ما يقضى ما عليه. أخذ من خطاياهم المفلس من أمتي، يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة، ويأتي قد شتم هذا، وقذف هذا، وأكل مال هذا، وسفك دم هذا، وضرب هذا. فيعطى هذا من حسناته فطرحت عليه. ثم طرح فى النار".

Pengertiannya:

Menurut Qutaibah bin Said dan Ali bin Hujr mengatakan; Ismail (anak kpd Jaafar) menyebut iaitu al-‘Ala daripada ayahnya, yg mengatakan Abu Hurairah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tahukah kamu kalian, siapa orang yg muflis itu?” Jawab mereka; “Orang yg muflis dikalangan kami ialah seseorang yg tidak mempunyai dirham dan tidak pula mempunyai harta-benda!”

Jelas Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya seorang yg muflis dikalangan umatku ialah seseorang yg datang pada Hari Kiamat dgn membawa pahala-amalan solat, puasa dan zakat; dan kedatangannya itu sesudah ia mencaci-cela orang lain, membuat tuduhan palsu (fitnah), memakan harta, mencedera, dan memukul orang lain maka pahala kebaikannya itu akan diberikan kpd orang yg dianiayainya itu, dan apabila pahala kebaikannya habis sebelum selesai hutangnya maka orang-orang yg telah dianiayaai itu akan diambil dosa-dosa mereka lalu dibebankan keatasnya pula, dan kemudian itu ia dicampakkan kedalam api neraka.”

والله أعلم بالصواب،
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Sumber rujuk:

شرح صحيح مسلم
للإمام محي الدين أبي زكريا يحيى بن شرف النووي
مكتبة أولاد الشيخ لليراث،2005

Sayyid Ahmad al-Al-Hasyimi,
Syarah Mukhtaarul Ahaadits,
Sinar Baru Algensindo, Bandung, 2008

Muhammad Fu’ad Abdul Baqi
(terjemahan: اللؤلؤ والمرجان)
Mutiara Hadits Shahih Bukhari Muslim
PT. Bina Ilmu, Bandung, 2005

credit to : rashad: 9hb Safar, 1434(H)/23hb Disember, 2012(M)

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..