Monday, June 3, 2013

Pijak kenyataan...


Moga hatiku kembali dijernihkan
Agar kuat menghadapi ujian
Sabar mengharungi dunia cubaan
Bersangka baik pada setiap perbuatan
Memaafkan bila disakiti dan tersakiti
Tabah si wajah menghala ditujui
Biar dia hipokrit sendiri
Kuberdiri teguh di sini
Keluar dibelenggu mimpi semalam
Biar kepahitan silam karam
Jangan penglihatan bertambah kelam
Meski tiada bintang waktu malam
Jari jemari tak mahu bicara
Pada tempat yang tidak sepatutnya
Tak mahu jua membuka kisahnya
Memaafkan dan tidak bersuara
Perlahan-lahan kumembuka diari
Catatan penyingkap apa yang terjadi
Bukukan detik-detik diimbangi
Harapan hadapan juga ditulisi
Cipta cita-cita yang diimpikan
Biar jenuh di persisiran
Tumbuh bila tercampak di tepian
Ikhlas meniti ketara perubahan
Bi'ah yang dipersetujui indah
Tuhan diEsakan setiap langkah
Hanya padaNya kuberserah
Akan terbalas setiap fitnah
Kejahatan orang dijauhi kemas
Meski tak tahu bilakah rentas
Tepis keburukan yang mengganas
Dalam versi bisikan panas
Nilai Negeri Sembilan saksi
Kebeteluan akan menampakkan posisi
Kedua dan terakhir sekali
Pijak kenyataan yang dievolusi

~Lukluk Baidoa~

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..